'Terima kasih ALLAH, Tuanku...'

LocalPolitics
1 Mar 2020 • 12:35 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

BUKIT DAMANSARA - "Terima kasih kepada ALLAH SWT dan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk lantikan pada hari ini," kata Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kelapan hari ini.

Beliau tiba di kediamannya di Bukit Damansara jam 12.15 tengah hari ini dan disambut puluhan penyokongnya.

Doa kesyukuran turut dibacakan bagi menzahirkan kesyukuran atas lantikan beliau sebagai Perdana Menteri menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Saya akan memberikan kenyataan dalam beberapa jam nanti," katanya ringkas sewaktu diminta berkongsi perasaan selepas tamat istiadat angkat sumpah yang berlangsung di Istana Negara pagi ini.

AKAN MENYUSUL


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved