Samsung Galaxy Note 10 akan dilancarkan secara rasmi pada 7 Ogos hadapan di acara Unpacked. Dua model Galaxy Note 10 dikhabarkan akan diperlihatkan buat pertama kali dalam sejarah. Terdapat banyak spekulasi mengenai model terkini phablet ini dan antaranya ialah tiada lagi sokongan bicu audio 3.5mm.

Ketiadaan bicu audio ini adalah mengecewakan kerana ia Galaxy Note dipasarkan sebagai peranti serba lengkap. Tanpa bicu yang menjadi standard sejak dari zaman awal peranti, ia memaksa pengguna untuk berubah ke aksesori nirwayar. Sebelum ini Galaxy A80 dan Galaxy Fold telah ditawarkan tanpa bicu audio. Jika imej pengolokan kerangka ini tepat, tidak mengejutkan jika peranti Galaxy S juga akan menyahbicu tahun hadapan.

