Poco F1 Akhinrya Menerima Kemaskini MIUI 11 Android 10 Stabil

TechnologyDigital
12 Mar 2020 • 3:04 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Dua bulan lalu, Pocophone F1 mula menerima kemaskini MIUI 11 berasaskan Android 10. Tetapi, kemaskini ini masih dalam bentuk beta dan tidak ramai dapat mengujinya. Kemaskini ini akan berikan prestasi yang lebih lancar, kustomasi yang lebih menarik, penggunaan font yang selari, mod gelap dan banyak lagi.

Akhirnya selepas dua bulan menanti, Poco F1 mula menerima kemaskini stabil MIUI 11 berasaskan Android 10. Nama MIUI untuk Poco adalah MIUI for Poco dan versi kemaskini ini adalah MIUI 11.0.6.0. Seperti biasa, kemaskini ini diedarkan secara berperingkat. Namun, anda masih boleh mengemaskini peranti secara manual melalui fail kemaskini di bawah.

Muat Turun Fail Kemaskini Mod Pemulihan (2.0GB)

Muat Turun Fail Kemaskini Mod Fastboot (2.0GB)