La Liga: Mbappe perlu tukar mentaliti

Football
30 Aug 2026 • 10:30 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: La Liga: Mbappe perlu tukar mentaliti

MADRID – Pengendali Real Madrid, Jose Mourinho mencabar Kylian Mbappe untuk membantu pasukan mengakhiri kemarau kejuaraan berbanding memburu statistik peribadi menjelang aksi La Liga menantang Malaga, malam ini.

Sebagai rekod, penyerang Perancis itu memenangi anugerah penjaring terbanyak La Liga pada dua musim berturut-turut selain berjaya meledak hatrk ketika bertemu Real Sociedad, awal minggu ini.

Namun, Mourinho mengingatkan gol semata-mata tidak cukup untuk membawa Madrid merampas gelaran La Liga dan Liga Juara-Juara (UCL).

“Saya lebih suka (Mbappe meledak) 40 gol hasil kerja keras bersama trofi berbanding 60 gol tanpa trofi dengan hanya bermain untuk diri sendiri. Inilah lumrah pemain di posisi serangan sekarang.

“Secara peribadi, saya lihat Mbappe ada kualiti yang luar biasa kerana dari sudut teknikal, tiada apa yang perlu diperkatakan. Cuma, dari segi membantu pasukan berkembang, itu yang penting (untuk ditingkatkan),” katanya.

Sejak menyertai Real daripada Paris Saint-Germain (PSG) pada 2024, Mbappe menyaksikan bekas kelabnya memenangi UCL sebanyak dua kali, manakala Barcelona pula menguasai La Liga dalam tempoh sama.

Sementara itu, Mbappe mengakui dia kini bukan lagi sekadar dituntut untuk menjaringkan gol, sebaliknya membawa Real kembali ke pentas kejuaraan.

“Kita perlu menang trofi tahun ini dan itulah yang pasukan mahukan,” katanya. – AGENSI

The post La Liga: Mbappe perlu tukar mentaliti appeared first on Kosmo Digital.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved