Pekerja Nepal maut jatuh dalam mesin pengisar daging

30 Dec 2019 • 2:40 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

ALOR GAJAH - Seorang pekerja warga Nepal maut selepas terjatuh ke dalam mesin pengisar daging di sebuah kilang memproses makanan di Kawasan Perindustrian Londang, Masjid Tanah, dekat sini pagi tadi.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Penguasa Bomba Zulkhairani Ramli berkata, operasi mengeluarkan mangsa mengambil masa kira-kira 30 minit.

Beliau berkata, sebelum kejadian, mangsa yang berusia 22 tahun sedang membuat kerja membaik pulih pengisar tersebut dan butang ‘on’ mesin itu dihidupkan secara tiba-tiba.

"Kita menerima panggilan kira-kira jam 7.46 pagi dan tiba di kilang tersebut untuk operasi mengeluarkan mangsa sembilan minit kemudian bersama enam anggota dari balai Masjid Tanah.

"Mangsa mengalami beberapa kecederaan pada anggota badan selain pendarahan teruk di bahagian pinggang dan disahkan meninggal dunia," katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat. - Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved