Label ‘Muslim Choice’ Di Produk Atau Premis Tak Sah, Jejaskan Integriti Pensijilan Halal Malaysia – JAKIM

LocalPolitics
3 Nov 2025 • 2:57 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu

Umum mengetahui status halal adalah penting bagi setiap umat Islam. Hal ini kerana pensijilan halal bukan setakat menjamin sesuatu produk atau premis bebas daripada bahan haram, tetapi juga menepati piawaian kebersihan dan keselamatan makanan.

Bagaimanapun, masih ada segelintir pihak yang melakukan pelbagai taktik licik sebagai contoh modus operandi bagi meyakinkan pelanggan tentang status halal itu.

Seperti pada Januari tahun ini, Kementerian Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah menyerbu sebuah restoran di Balakong, Selangor selepas mempamerkan pelekat ‘Muslim Kitchen’ di restoran meskipun tiada sijil halal dan mempunyai menu daging babi.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Minum Air Halal Guna Botol Arak, Apa Hukumnya?

Baca Artikel Berkaitan: Tiada Sijil Halal, KPDN Serbu Kedai Makan Papar Pelekat ‘Muslim Kitchen’ Untuk Tarik Pelanggan

Baca Artikel Berkaitan: Premis Pamer ‘No Pork No Alcohol’ Boleh Ke Makan? Ini Penjelasan Dari Menteri Agama

‘Muslim Choice’ Tidak Diiktiraf JAKIM, Boleh Kelirukan Pengguna Islam

Terbaharu, semalam (2 November), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menerusi satu kenyataan di laman Facebook menegaskan bahawa istilah ‘Muslim Choice’ yang diperkenalkan mana-mana pihak, bukannya satu perakuan atau penandaan halal diiktiraf pihak berkuasa.

Menurut Ketua Pengarah Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee, istilah yang digunakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Pasukan Pemantau Mesra Muslim (MFW) itu boleh menimbulkan kekeliruan di kalangan penguna mengenai status halal sesuatu produk atau premis makanan.

Untuk info, pengiktirafan ‘Muslim Choice’ ini diberikan kepada para pengusaha yang didakwa menepati syarat dan piawaian ditetapkan oleh pertubuhan tersebut.

Ia bertujuan meyakinkan orang ramai bahawa produk atau premis yang diiktiraf adalah berkualiti, bersih dan selamat serta selari dengan prinsip Islam.

NGO Masih Keluarkan Pengiktirafan ‘Muslim Choice’ Walau Sudah Diberi Amaran

JAKIM menerusi satu kenyataan media berkata pihaknya telah mengadakan pertemuan bersama MFW pada 23 Ogos 2024 dan memaklumkan bahawa pengiktirafan ‘Muslim Choice’ ini boleh mendatangkan kekeliruan selain memohon agar aktiviti tersebut dihentikan.

Namun begitu, hasil aduan diterima daripada pihak berkuasa agama negeri mendapati MFW masih meneruskan aktiviti terbabit.

“Berdasarkan peruntukan di bawah Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011, hanya JAKIM dan Majlis/Jabatan Agama Islam Negeri (MAIN/JAIN) diberi kuasa untuk mengeluarkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) serta memberi kebenaran penggunaan logo Halal Malaysia kepada mana-mana pihak yang diperakukan,” memetik kenyataan JAKIM.

image is not available
Sumber: Malay Mail

Istilah Yang Membawa Maksud Halal Dikeluarkan Selain JAKIM Atau MAIN/JAIN Tidak Sah

Sementara itu, istilah ‘Muslim Choice ini juga dikatakan mampu menjatuhkan martabat pensijilan halal Malaysia.

“Sebarang penggunaan logo, simbol, istilah, kenyataan, atau ungkapan yang membawa maksud halal dan boleh dimakan oleh orang Islam, yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak selain JAKIM atau MAIN/JAIN, adalah tidak sah serta menyalahi peraturan.

“Ia juga boleh menjejaskan integriti sistem pensijilan halal negara dan mengelirukan pengguna Muslim,” kata JAKIM.

Sehubungan itu, orang ramai diingatkan untuk tidak menggunakan atau mempamerkan sebarang bentuk logo, simbol, istilah, kenyataan, atau ungkapan yang boleh memberi tanggapan halal tanpa pengesahan dari JAKIM atau MAIN/JAIN.

Baca Artikel Berkaitan: 76% Pemilik Sijil Halal Di Pulau Pinang Adalah Syarikat Bukan Muslim

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Masih Keliru, Ini Perkara Yang Perlu Diketahui Tentang Sijil Halal