Labuan perlu peruntukan tahunan untuk kelangsungan ekonomi

Business & Finance
24 Jun 2023 • 3:58 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

LABUAN: Pulau bebas cukai, Labuan masih relevan daripada segi ekonomi kepada kerajaan Persekutuan dan perlu diberikan peruntukan tahunan untuk memastikan ekonominya berdaya maju serta kekal menjadi destinasi pelaburan yang menarik.

Pengerusi Dewan Perniagaan Labuan (LCC) Daniel Doughty berkata Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (IBFC) telah berkembang menjadi penyumbang terbesar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pulau itu, dengan sumbangan ekonomi kira-kira RM5 bilion dari 2020 hingga 2021. Beliau memberitahu Bernama pada Khamis bahawa kerajaan Persekutuan perlu menyediakan peruntukan tahunan kepada Wilayah Persekutuan tersebut untuk membangun dan menaik taraf infrastruktur bagi menjadikannya sebagai destinasi ekonomi yang berdaya maju.

“Ekonomi Labuan perlu diaktifkan dengan pelbagai aktiviti ekonomi yang mampu memberi limpahan kepada penduduk setempat.SPONSORED CONTENT Shell’s Access to Energy helps power lives of isolated communities in Sabah Kota Kinabalu: In 2017, Sabah Shell Petroleum Co Ltd (SSPC) launched Access to Energy (A2E), a Shell Social Investment programme aimed at providing affordable and continuous supply of electricity from renewable sources for communities who live without connection to the electricity grid. Read more “Beberapa faktor pertumbuhan ekonomi menjurus daripada isu bahawa kami tidak mempunyai keupayaan untuk bergerak ke hadapan. Kami memerlukan kesalinghubungan daripada pelbagai destinasi ke pulau ini,” katanya. Beliau berkata LCC ingin mengetahui pelan strategik Jabatan Wilayah Persekutuan bagi menangani isu asas ekonomi yang semakin kritikal di Labuan. Semua ini perlu dipandang serius oleh Kerajaan Persekutuan untuk menjadikan Labuan sebagai destinasi ekonomi yang rancak.

Memandangkan Labuan telah menyumbang hasil kepada kerajaan Persekutuan melalui kutipan cukai daripada sektor minyak dan gas serta kewangan, ia layak mendapat peruntukan belanjawan tahunan. Beliau berkata pelbagai isu mendesak yang melanda Labuan telah diketengahkan semasa sesi “town hall” bersama Menteri Ekonomi Rafizi Ramli pada 20 Jun lepas di Putrajaya. “Antaranya (isu) termasuk keperluan memindahkan terminal feri sedia ada ke lokasi yang lebih strategik di Tanjung Aru yang lebih pendek daripada tapak sedia ada, dan membeli semula Hab Halal Labuan bernilai RM85 juta yang terbengkalai agar menjadi zon komersial bebas yang berpotensi bagi menyokong pertumbuhan Labuan sebagai pulau pemunggahan, sekali gus dapat mengembangkan potensi ekonominya,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.