LADA Lancar Kempen 'Cashback Mai Langkawi', Pelancong Nikmati Pulangan Tunai Dan Tiket Percuma

LocalTravel
8 Jul 2026 • 4:32 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

LADA Lancar Kempen 'Cashback Mai Langkawi', Pelancong Nikmati Pulangan Tunai Dan Tiket Percuma

LADA Lancar Kempen 'Cashback Mai Langkawi', Pelancong Nikmati Pulangan Tunai Dan Tiket Percuma

Rakyat Malaysia yang merancang bercuti ke Langkawi bakal menikmati pelbagai insentif menarik menerusi kempen Cashback Mai Langkawi – Bayaq Satu, Free Satu! yang menawarkan pulangan tunai tambang feri serta tiket bot percuma bagi tempoh terhad.

Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) berkata, kempen itu dilancarkan bagi menggalakkan lebih ramai pelancong domestik memilih Langkawi sebagai destinasi percutian, di samping merancakkan semula sektor pelancongan tempatan.

Katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini, kempen tersebut dilancarkan bersempena MATTA Muslim Friendly Travel Fair 2026 sebagai sebahagian daripada usaha berterusan memperkukuh kedudukan Langkawi sebagai destinasi pelancongan utama negara.

Menurut LADA, kempen berkenaan akan berlangsung dari 1 Ogos hingga 31 Oktober 2026 dengan menawarkan dua promosi khas kepada pelancong yang menggunakan pengangkutan laut ke pulau peranginan itu.

Baca juga:

Katanya, pelancong warganegara Malaysia yang menggunakan perkhidmatan feri RoRo bagi laluan Kuala Perlis–Langkawi layak menikmati pulangan tunai sebanyak 50 peratus bagi tambang tiket penumpang apabila membeli tiket perjalanan pergi dan balik serta menginap sekurang-kurangnya dua malam di Langkawi.

Selain itu, pengunjung yang ingin meneroka Pulau Tuba menerusi perkhidmatan bot dan mini feri Bestuba boleh menikmati tiket perjalanan masuk secara percuma dan hanya perlu membayar tambang perjalanan pulang.

Menurut LADA, tawaran tersebut tertakluk kepada syarat penginapan minimum satu malam di Pulau Tuba, Lubuk Cempedak atau Selat Bagan Nyiur.

Ujarnya, selain membantu pelancong berjimat, inisiatif itu dijangka merangsang perbelanjaan pelancongan domestik, menggalakkan pelawat menginap lebih lama serta memberi limpahan ekonomi kepada pemain industri pelancongan dan komuniti setempat di Langkawi.

LADA berkata, kempen berkenaan dilaksanakan dengan kerjasama Langkawi Port Sdn. Bhd. (LPSB) dan Koperasi Komuniti Kepulauan Tuba dan Selat Berhad (KOPTUBAS) bagi memperluaskan akses ke Langkawi serta menawarkan pengalaman percutian yang lebih bernilai kepada pengunjung.

Katanya, menerusi tema "Lebih Jimat • Lebih Berbaloi • Lebih Banyak Pengalaman", kempen itu mengajak rakyat Malaysia kembali menikmati keindahan Langkawi yang terkenal dengan slogan "Nowhere Like Here".

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut serta terma dan syarat kempen boleh melayari laman sesawang rasmi www.naturallylangkawi.my.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved