Ladang ternakan ayam tiada lesen dikompaun, diberi notis berhenti

2 Dec 2022 • 6:02 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

Oleh FAIZAL NAZARUDDIN

SHAH ALAM, 2 DIS: Majlis Perbandaran Klang (MPK) mengeluarkan kompaun ke atas sebuah ladang ternakan ayam di Bukit Kapar setelah didapati beroperasi tanpa kebenaran.

Pihak berkuasa tempatan itu berkata satu notis memberhentikan aktiviti dan operasi serta memulihkan tanah turut diberikan kepada premis berkenaan.

“Satu operasi bersepadu hasil aduan telah dijalankan di sebuah ladang ternakan ayam yang telah menimbulkan kacau ganggu kepada penduduk setempat,” katanya menerusi Facebook hari ini.

MPK menjelaskan hasil siasatan mendapati premis berkenaan menjalankan perniagaan dan perindustrian menternak ayam tanpa kebenaran majlis di bawah UUK MPK 2007 oleh Jabatan Pelesenan.

Premis terbabit turut didapati beroperasi tanpa kebenaran merancang oleh Jabatan Perancang Bandar.

Operasi tersebut turut melibatkan Jabatan Veterinar.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved