Lafaz Syahadah di depan Sheikh Hussain Yee, Kim Raymond kini bergelar saudara baharu

LocalEntertainment
25 Nov 2024 • 9:37 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Senyuman manis jelas terpancar di wajah saudara baharu, Kim Raymond sewaktu majlis melafazkan syahadah di sebuah Markas Al-Khadeem di Kampung Sungai Kayu.

Kim Raymond yang juga merupakan bekas isteri kepada pelakon Keith Foo diislamkan oleh pendakwah terkenal, Datuk Sheikh Hussain Yee.

Perkhabaran berkenaan dikongsikan menerusi Facebook New Muslims Community.

“Alhamdulillah, dengan hidayah daripada Allah SWT, Kim Amal Raymond dari Malaysia memeluk Islam di Al-Khaadem pada 24 Oktober lalu.

“Ramai ahli keluarga dan rakan-rakannya hadir untuk menyaksikan majlis yang penuh barakah.

“Semoga Allah SWT memberikan kekuatan dan menjadikannya seorang muslim yang beramal soleh,” katanya.

Sebelum ini, Kim pernah berkahwin dengan Keith Foo pada November 2015 namun berpisah pada tahun 2019.