
Seorang individu difahamkan merupakan anggota perubatan di sebuah hospital awam tampil meluahkan rasa kesal dengan sistem fasiliti yang disediakan di premis kerajaan itu yang didakwanya ‘outdated’ dan bermasalah.
Kata individu itu, dia tidak dapat melakukan kerja dengan lebih awal gara-gara sistem perisian komputer yang disediakan hospital kerajaan itu telah mengalami ‘lag’ dan tidak beroperasi dengan sebaiknya.

Sumber : Twitter
Difahamkan, komputer berkenaan mengalami masalah sejak jam 8 pagi dan beransur pulih beberapa jam kemudian sekaligus mengganggu tugasan seharian staf yang bertugas.
Dalam rajutan Tweet itu, individu itu mendapati bahawa sistem pengkomputeran yang digunakan hanya menggunakan memori 2GB RAM yang ternyata tidak dapat menanggung beban kerja secara intensif.

Sumber : Twitter
Malah, hanya buka beberapa ‘tabs’ di Google Chrome sudah cukup untuk membuatkan komputer berkenaan dalam mode ‘unresponsive’.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa tidak percaya dengan tahap kemajuan fasiliti awam yang disediakan di hospital kerajaan.
Kata mereka, komputer dengan pemprosesan Windows 2000 sepatutnya berada di ‘muzium’ kerana sudah terlalu lama dan tidak digunakan lagi.

Sumber : Twitter
Kesiannya dengan pekerja yang terpaksa bekerja guna komputer sezaman dengan tentera gajah abrahah. Pastu rakyat bising kenapa doktor lambat.
Netizen juga berharap pihak kementerian berkaitan dapat membantu dan menyelesaikan masalah teknikal seperti ini agar taraf perkhidmatan di agensi-agensi kerajaan dapat menjadi lebih baik dan produktif.
"Ni Kedai Makan, Bukan Tadika!" - Wanita Anak Ramai Bengang Kena Jeling Di Restoran Sebab Bising, Netizen Tak Puas Hati?
The post “Lag Sejak Pukul 8 Pagi” – Masih Guna Windows 2000, Individu Dedah Hospital Kerajaan Pakai Sistem ‘Outdated’ first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.



