
LAHAD DATU: Jabatan Imigresen Sabah menghantar pulang 180 lagi pendatang tanpa izin (PTI) warga Filipina melalui Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS), di sini, Jumaat.
Pengarah Imigresen negeri Datuk Sh Sitti Saleha Habib Yussof berkata, penghantaran pulang itu melibatkan tahanan di Depoh Imigresen Sandakan dan Tawau.
AdvertisementBeliau berkata mereka yang dihantar pulang terdiri daripada 64 lelaki, 67 wanita dan 49 kanak-kanak berusia antara tujuh bulan dan 67 tahun. Kanak-kanak itu ditemani ibu bapa atau penjaga mereka yang sah.
“Mereka dihantar pulang ke Jeti Bongao, Filipina dengan menaiki feri MV Ming Hai Express dalam program pembiayaan sendiri.
SPONSORED CONTENT Shell Sabah Deepwater Production Manager Earns Unsung Hero Award Daily Express had the opportunity to interview Musti whose story reflects the power of determination and resilience. Read more “Semua yang dihantar pulang telah melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana memasuki negeri ini tanpa permit atau pas yang sah, serta tinggal lebih masa,” katanya.
Beliau berkata jabatan itu sehingga kini telah menghantar pulang 5,993 warga Filipina dan sejumlah 8,650 warga asing tanpa izin ke negara asal mereka.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Kesemua PTI tersebut akan disenaraihitamkan mengikut jenis kesalahan yang dilakukan.
“Pelaksanaan program penghantaran pulang pendatang tanpa izin oleh Jabatan Imigresen Sabah tertakluk kepada pengeluaran dokumen perjalanan dari Kedutaan Filipina di Malaysia,” katanya.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Sh Sitti Saleha berkata jabatan itu tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana warga asing yang didapati menyalahgunakan undang-undang dan peraturan negara.
“Kami akan memperhebatkan operasi penguatkuasaan dari semasa ke semasa bagi membanteras kehadiran pendatang tanpa izin di negara kita,” tambahnya.

