Lagi bom zaman perang dunia kedua ditemukan

29 Jan 2024 • 8:05 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Ini merupakan penemuan kedua selepas bahan letupan tersebut ditemukan di Rumah Seri Kenangan Taman Kemumin (RSKTM) pada 21 Januari lalu.

image is not available
Sebutir lagi bom zaman perang dunia kedua ditemukan di tapak pembinaan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) di Kota Bharu pada Isnin.

image is not available
Tiada sebarang kemalangan atau sebarang insiden yang tidak diingini berlaku sepanjang proses pemusnahan bom ini berjalan.

KOTA BHARU - Sebutir lagi bom zaman perang dunia kedua ditemukan di tapak pembinaan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) di sini pada Isnin.

Ini merupakan penemuan kedua selepas bahan letupan tersebut ditemukan di Rumah Seri Kenangan Taman Kemumin (RSKTM) pada 21 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan itu pada jam 9.50 pagi.

**media[2518138]**

"Terdahulu, bom tersebut ditemukan pada jam 9.41 pagi semasa kerja-kerja penggalian longkang dilakukan," katanya ketika dihubungi.

Menurut beliau sejurus menerima panggilan sepasukan bertugas dari Unit Pemusnahan Bom telah pergi ke tempat kejadian.

Ujarnya, hasil pemeriksaan mendapati bom yang ditemukan dari jenis Aerial seberat 125 kilogram (Kg).

**media[2518140]**

Mohd Rosdi memberitahu, bom tersebut kemudian berjaya dimusnahkan pada jam 3.20 petang.

"Tiada sebarang kemalangan atau sebarang insiden yang tidak diingini berlaku sepanjang proses pemusnahan bom ini berjalan," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved