
TAWAU: Seorang lelaki tempatan ditahan bersama sejumlah 5.0658 kilogram (kg) dadah jenis syabu dan 1,001 biji atau 3.003kg pil ecstasy bernilai RM177,120.60 dalam Operasi Mekong Dragon VI di Jeti CIQ Lama, di sini, pada 30 April lalu.
Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Sabah, Datuk Mohd Nasir Deraman berkata, suspek berusia 22 tahun itu ditahan sekitar jam 2.36 petang, dipercayai hendak ke Pulau Sebatik.
Menurutnya, tangkapan itu dibuat hasil maklumat diterima pegawai penguatkuasaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Tawau, yang kemudiannya melakukan pemeriksaan ke atas barang dibawa suspek yang dalam keadaan mencurigakan.
“Pemeriksaan awal ke atas kotak berwarna coklat dibawa suspek mendapati ia mengandungi dua paket teh cina dan tiga paket berbalut plastik hitam yang mencurigakan,” katanya dalam sidang media di sini, pada Sabtu.
SPONSORED CONTENT Electrifying windows of opportunity in Sabah - The right policies, collaborations, and strategies can turn emerging opportunities into victories for all parties in Sabah. CHIEF Minister Datuk Seri Panglima Hajiji Noor’s 2021 Hala Tuju Sabah Maju Jaya Plan and the Sabah Economic Development and Investment Authority (SEDIA) have laid out a road map to an exciting future for all Sabahans, with a target of increasing Sabah’s income levels and GDP per capita from about RM 23,000 to about RM 40,000 by 2030. Read more Mohd Nasir berkata, pemeriksaan lanjut ke atas kotak itu mendapati ia berisi dadah tersebut.
Katanya, modus operandi suspek adalah dengan membawa bahan itu di dalam plastik lutsinar yang dibungkus dengan plastik teh berwarna jingga, jenama Alishan Jia Xuan Tea.
“Suspek kini dalam tahanan reman selama 14 hari untuk siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.
Dalam pada itu, Mohd Nasir menggesa orang ramai agar terus membantu pihaknya memerangi jenayah penyeludupan, khususnya rokok, minuman keras, mercun, dadah, kenderaan dan lain-lain.
“Kita juga menasihatkan orang awam supaya tidak membabitkan diri dengan aktiviti tersebut kerana penyeludupan bukan sahaja merugikan negara dari segi ketirisan hasil, malah turut mendatangkan ancaman keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat,” katanya.
Orang awam digesa menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti penyeludupan melalui talian bebas tol Kastam 1-800-88-8855 atau pergi Pejabat Kastam terdekat.
“Pihak JKDM memberi jaminan identiti pemberi maklumat dirahsiakan.”
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
