Lagi gempa 5.1 skala richter gegar selatan Turkiye, tiada kematian

19 Feb 2023 • 10:45 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

ANKARA, 19 FEB: Gempa bumi berukuran 5.1 pada skala Richter menggegarkan wilayah selatan Kahramanmaras pada Sabtu.

Pengurusan Bencana dan Kecemasan Turkiye (Afad) memaklumkan gempa bumi berkenaan melanda daerah Goksun pada 10.31 malam waktu tempatan (1931GMT) dengan kedalaman 12.18 kilometer (7.57 batu), lapor Agensi Anadolu.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan akibat gempa bumi terbaharu itu.

-BERNAMA