Lagi Imej Pengolokan Google Pixel 7a Tertiris

TechnologyDigital
10 Apr 2023 • 3:30 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Google Pixel 7a akan dilancarkan di acara Google I/O yang berlangsung pada 10 Mei hadapan. Peranti kelas pertengahan daripada Google ini telahpun tertiris sebelum ini dengan sebuah model prototaip turut dilelong menerusi laman eBay. Hari ini beberapa lagi imej pengolokan rasmi Pixel 7a telah tertirs ke web menerusi laman OnLeaks.

image is not available

Kali ini hanya muka hadapan dan panel belakang tetiris dalam pelbagai warna. Jika dilihat ia tidak banyak berbeza dengan sir Pixel 7 yang dilancarkan tahun lalu. Masih terdapat garis logam yang besar pada panel belakang yang turut merupakan bonggol untuk dwi-kamera utama.

image is not available

Di hadapan kamera swafoto diletakkan dalam lubang kamera di skrin. Bingkai diperbuat daripada logam yang dibulatkan sementara butang kuasa serta laras audio diletakkan pada sisi kanan peranti. Ura-ura mengatakan ia akan dilengkapi cip Tensor G2, kamera hadapan 64+12 MP; kamera swafoto 8MP dan skrin 6.1″ OLED.