“Lagi Kakak Tengah Mengandung”- Respon Ibu Zahirah Macwilson Selepas Anaknya Dikutuk

Entertainment
9 Jan 2024 • 11:30 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Hangat diperkatakan di media sosial mengenai pelakon Fathia Latiff yang secara tiba-tiba menyerang rupa paras Zahirah Macwilson.

Kata Fathia, Zahirah kelihatan seperti seorang bibik dan bibir mungil itu didakwanya dibuat di Australia. Kalau tengok di Instagram, ada banyak lagi ayat-ayat provokasi yang dilemparkan Fathia. Aduhai..

image is not available

Setakat ini, Zahirah tidak memberi sebarang respon untuk membalas kenyataan Fathia. Namun, ibunya Maslinda Yusoff ada memuat naik foto anak memuji kecantikan yang dikurniakan Allah SWT.

Kata Maslinda, kecantikan anaknya itu bukan sekadar rupa paras tetapi hatinya juga cantik. Dengan penuh rasa sayang, Maslinda memuji Zahirah kerana menjadi seorang anak, isteri dan ibu yang penyayang.

image is not available

Di ruangan komen, para peminat memberikan kata-kata semangat meminta keluarga ini mengabaikan provokasi yang sengaja dibuat Fathia.

Kredit: Instagram Maslinda Yusoff

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.