Lagi Kes Bayi Didera Sehingga Maut, Teman Lelaki Si Ibu Kini Diberkas Polis

28 Aug 2023 • 4:20 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Dera anak teman wanita sehingga maut

Lagi Kes Bayi Didera Sehingga Maut, Teman Lelaki Si Ibu Kini Diberkas Polis. Seorang bayi lelaki warga tempatan berusia setahun dilaporkan maut kelmarin dipercayai didera teman lelaki ibu kandungnya.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Tan Cheng San berkata, terdahulu, polis menerima panggilan mengenai kejadian itu daripada pihak Hospital Seberang Jaya (HSJ) yang mendakwa bayi tersebut maut dengan kesan dera kira-kira pukul 7 malam.

image is not available
Lagi Kes Bayi Didera Sehingga Maut, Teman Lelaki Si Ibu Kini Diberkas Polis. Kredit: KOSMO

Didakwa maut rupa-rupanya sudah meninggal

Menurut Cheng San, mangsa sebelum itu telah dibawa ke hospital tersebut oleh seorang lelaki berusia dalam lingkungan 30-an yang mendakwa bayi malang itu pengsan dan memerlukan rawatan susulan.

Menurut Cheng San, suspek bagaimanapun bergegas meninggalkan kawasan hospital tidak lama kemudian.

image is not available

“Ekoran daripada kejadian tersebut, empat lelaki dan lima wanita warga tempatan yang berusia antara 16 hingga 48 tahun ditahan di sekitar Seberang Perai bagi membantu siasatan.

“Siasatan lanjut mendapati, salah seorang daripada suspek yang ditahan itu mempunyai lima rekod jenayah atas pelbagai kesalahan,” katanya

image is not available

Tambah Cheng San, kesemua yang ditahan akan dibawa ke Mahkamah Majistret Bukit Mertajam untuk direman dan kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Baca lagi artikel menarik: