Lagi Kes Kecuaian Hospital, Tangan Bayi Berusia Kurang 2 Bulan Bengkak – “Mana Korang Belajar Ye??”

17 Jul 2023 • 4:46 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Jika sebelum ini tular mengenai kes kanak-kanak berusia 10 tahun dikenali sebagai Dea Maisarah yang didakwa meninggal dunia gara-gara kecuaian pihak doktor dan jururawat di sebuah hospital.

Terkini, tular pula mengenai bayi berusia kurang dua bulan yang mengalami bengkak pada bahagian tanggannya dipercayai berpunca daripada kecuaian pihak hospital.

Menerusi perkongsian di laman Facebook, seorang pengguna dikenali sebagai Mohamad Izwan telah mendedahkan keadaan anak buahnya.

Hospital punya kerja. Terbaik sangat. Mana korang belajar ye?? sampai boleh bengkak tangan baby…??

Difahamkan, anak buahnya telah dihantar ke hospital kerana terkena penyakit Cacar Air atau Chicken Pox.

Namun, gara-gara bengkak yang dialami pada bahagian tangannya, bayi berkenaan terpaksa menjalani pembedahan untuk membuang nanah di dalamnya.

Malah, Izwan turut mendakwa pihak hospital menafikan punca tangan bayi itu membengkak kerana jarum, sebaliknya mendakwa tangannya membengkak kerana Chicken Pox.

Sebelum benda tu membesar, tak kan tak nampak? tak pantau ke?? ke ada yang nak disembunyi kan?? takut nak bagi tahu parents dari awal ke macam mana?

image is not available

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 4 days ago

“Terkilan Dengan Laporan Palsu” - Diikat Ketika Ambil Darah, Bapa Dedah Kecuaian Doktor Punca Kematian Dea Maisarah