Lagi kes premis KK Mart dibaling dengan molotov cocktail

30 Mar 2024 • 2:25 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Lagi kes kedai serbaneka KK Mart dibaling dengan molotov cocktail dan kali ini berlaku di Kuantan.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, kejadian berlaku pada jam 5.14 pagi Sabtu, 30 Mac.

Semasa kejadian, dua pekerja (lelaki dan wanita) yang sedang bertugas menyedari molotov cocktail dibaling ke dalam premis lalu menyebabkan kebakaran kecil.

Panik dengan keadaan itu, mereka terus mengambil alat pemadam api untuk memadamkan api dari terus merebak. Kira-kira empat rak jualan termasuk beberapa barangan bernilai RM500 mengalami kerosakan akibat kebakaran itu.

Polis kini sedang menjalankan siasatan, termasuk meneliti kamera litar tertutup (CCTV) dari premis berhampiran untuk mengenal pasti suspek utama.

Tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku dan kes itu dipercayai berkaitan dengan isu penjualan stoking tertera kalimah Allah.

Difahamkan kedai tersebut baru dua minggu beroperasi dan ini merupakan premis kedua KK Mart dilempar dengan bahan yang sama.