Lagi Kes Tangan Melayang! Guard Ditampar Pemandu Di Pondok Keselamatan

21 Mar 2025 • 9:42 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

image is not available
Lagi Kes Tangan Melayang! Guard Ditampar Pemandu Di Pondok Keselamatan

Tular satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan seorang pengawal keselamatan atau guard ditampar seorang pemandu lelaki yang dipercayai berang di sebuah pondok keselamatan.

Menerusi video berdurasi hampir satu minit itu, sebuah kenderaan berwarna hitam kelihatan gagal melepasi palang automatik dimana pada awalnya, penumpang hadapan seolah-olah sedang bertengkar dengan guard tersebut sebelum masuk semula ke dalam kereta.

Guard ditampar pemandu

Beberapa saat kemudian, pemandu pula keluar dari kenderaan sebelum bertindak menampar guard berkenaan sekali gus menyebabkan lelaki berseragam putih terbabit segera mengambil telefon bimbit miliknya dari pondok keselamatan.

Walau bagaimanapun, rakaman itu tidak disertakan bersama audio sekali gus tidak dapat dipastikan perbualan yang terjadi antara kedua-dua pihak selain hari, waktu serta lokasi kejadian.

Rakaman CCTV itu dimuat naik oleh seorang pengguna media sosial, ShamaaKoussa di laman X sehingga dikongsi semula sebanyak 2,200 kali dan mendapat 3,500 tanda suka.

“Bulan puasa bulan tampar Kesian abang guard, buat kerja dia je tapi ditampar. Apa masalah mereka ni? kenapa makin menjadi ni?

“Kalau perselisihan(faham) pun, bukan sebab nak tampar orang lain… abang guard tu tak mengancam pun,” tulisnya pada Khamis.

Susulan itu, rata-rata warganet mengecam pelaku yang sanggup melakukan perbuatan demikian selain memuji tindakan profesional guard berkenaan dalam melaksanakan tanggungjawab.

Banyak pula kes tampar

image is not available

Naikkan gaji dia!

image is not available

Namun pada masa sama, terdapat juga warganet menyeru pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap pelaku yang seolah-olah sengaja mendatangkan kecederaan terhadap mangsa.

Harap pelaku diambil tindakan!

image is not available

image is not available

Dalam tempoh seminggu ini, media melaporkan beberapa siri kejadian tumbuk dan tampar menerusi video tular di media sosial sehingga mengundang kekecohan dalam kalangan netizen.

Sumber: X ShamaaKoussa