Lagi Laporan Mengatakan Tiada iPhone 18 Pada Tahun Ini

TechnologyDigital
1 Feb 2026 • 8:22 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sejak beberapa bulan yang lepas, kita telah sedia mendengar akan Apple hanya akan memperkenalkan siri iPhone Pro sahaja pada tahun 2026 ini, dan versi iPhone 18 biasa hanya akan menyusul pada tahun 2027 kelak. Kini, Nikkei turut melaporkan perkara sama berasaskan kepada sumber-sumber pembekal komponen.

image is not available

Apple dijangka memperkenalkan siri iPhone 18 hanya pada pertengahan pertama 2027 kelak. Sementara itu, untuk tahun ini, Apple dilihat lebih menyasarkan untuk mengoptimasikan sumber dan memaksimakan keuntungan melalui penawaran siri Pro. Hal ini juga dilihat kebetulan selari dengan harga cip memori yang dilihat meningkat pada tahun ini.

Sekiranya berjalan lancar, maka kita mungkin melihat Apple mengambil langkah dalam membahagikan jadual pelancaran peranti, dengan siri iPhone Pro dan iPhone Lipat pada sekitar September atau Oktober, dan siri iPhone biasa pada pertengahan pertama tahun seterusnya.