Lagi laporan polis terhadap aktivis

LocalPolitics
31 Dec 2024 • 4:01 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Marutin Ansiung, Ahmad Apong

KENINGAU: Pergerakan Wiramuda Parti Solidariti Tanah Airku (StarSabah) Bahagian Bingkor membuat laporan polis terhadap tindakan aktivis dan pereka grafik kontroversi Fahmi Reza kerana memuatnaik satu hantaran dalam media sosial sambil memegang karikatur Yang Dipertua Negeri Sabah baharu, Tun Musa Haji Aman di hadapan sebuah bank di ibu negeri.

Ekoran tindakan aktivis itu, beberapa ahli Jawatankuasa Wiramuda StarSabah bersama Ketuanya Florian Ilon membuat laporan polis berhubung perkara itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Keningau.

AdvertisementFlorian ketika ditemui berkata, dengan adanya laporan itu, mereka berharap pihak berkuasa, khususnya Polis Diraja Malaysia, dapat mengambil tindakan sewajarnya terhadap Fahmi.

Katanya, perbuatannya itu mencemar dan menjatuhkan nama baik Tun Musa yang telah menerima Surat Cara Pelantikan sebagai TYT Sabah ke-11 daripada Yang Dipertuan Agong baru-baru ini.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Beliau berkata, perbuatan pelaku ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja kerana ia boleh mencetuskan ketidakketenteraman rakyat di negeri ini.

“Kami sebagai anak muda di negeri ini membantah sekeras-kerasnya perbuatan pelaku ini, yang datang dari Malaya untuk membawa budaya bertentangan dengan budaya kehidupan rakyat Sabah yang berbilang bangsa, kaum dan kepercayaan, yang boleh merosakkan perpaduan dan kehidupan rakyat di negeri yang aman damai ini,” jelasnya.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Dengan adanya laporan itu, kita berharap pihak berkuasa dapat mengambil tindakan sewajarnya terhadap pelaku yang mencemarkan nama baik Tun Musa Haji Aman,” katanya.

Beliau menambah, pelaku ini boleh dikenakan sogit di bawah Majlis Hal Ehwal Anak Negeri Sabah (MHEANS).

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Sehubungan itu, Florian berharap pihak MHEANS selain Mahkamah Anak Negeri dapat mengambil tindakan terhadap Fahmi.

Di BEAUFORT, Pertubuhan Gagasan Ekonomi Negeri Sabah (PGENS) pada Isnin juga membuat laporan polis terhadap Fahmi atas sebab-sebab sama.

Presiden PGENS Datuk Jismith Japong berkata, Fahmi membuat provokasi terhadap rakyat Sabah menerusi karikaturnya yang mempunyai maksud menghina Musa sebagai perasuah.

“Penghinaan tersebut menimbulkan rasa tidak senang rakyat Sabah dan mengganggu gugat ketenteraman awam di negeri ini,” katanya.

Menurutnya, karikatur Fahmi itu adalah sesuatu yang tidak bertanggungjawab kerana mencemarkan nama baik institusi Raja-raja.

Jismith berkata pelantikan tersebut amat tepat sekali, sedangkan rakyat Sabah menerimanya dengan hati yang terbuka tanpa mempertikainya.

Oleh itu, PGENS berserta seluruh rakyat Sabah membantah sama sekali sikap kurang sopan Fahmi mempertikaikan pelantikan tersebut.

“Diharap rakyat Sabah tidak akan terpengaruh dengan dakyah yang diungkapkan oleh Fahmi yang hanya menimbulkan kemarahan rakyat Sabah,” katanya.

Beliau menggesa pihak polis mengambil tindakan terhadap Fahmi untuk menghentikan dan membawanya ke pengadilan, selain untuk mengekang sebarang aktivitinya yang menghina Agong.

Selain itu, Jismith mahu pihak polis mengambil tindakan segera bagi mengelakkan kejadian tidak diingini, memandangkan Fahmi kini dikatakan berada di Sabah untuk perhimpunan aman Gempur Rasuah Sabah pada 31 Disember, yang disertai mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS).