
Kota Kinabalu: Belum sampai setahun isu murid Sekolah Kebangsaan (SK) Mangkapon Bengkoka, Pitas bergadai nyawa bersesak dalam sebuah bot tanpa jaket keselamatan, satu lagi situasi sama berlaku di daerah tersebut.
Baru-baru ini, penduduk Kampung Pinapak berkongsi gambar sekumpulan murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pinapak, Pitas menaiki perahu kecil tanpa jaket keselamatan.
Penduduk kampung, Aspie Marinda berkata, pelajar berdepan risiko keselamatan kerana perjalanan menaiki perahu menuju ke sekolah mengambil masa selama 30 minit setiap hari.
