Lagi Orang Sarawak Menang Jackpot RM8 Juta, Nombor Bertuah Ubah Nasib Individu Di Tabuan Jaya

23 Aug 2023 • 6:04 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Masyuknyaa dapat RM8 juta sekelip mata

Lagi Orang Sarawak Menang Jackpot RM8 Juta, Nombor Bertuah Ubah Nasib Individu Di Tabuan Jaya. Kali ini, sebuah berita gembira bagi komuniti Sarawak, terutama bagi penduduk di Tabuan Jaya.

Seorang individu beruntung dari Tabuan Jaya, Kuching menang Jackpot 4D bernilai sebanyak RM8 juta.

image is not available

Bukan calang calang tuah pada orang Sarawak ni

Nombor bertuah yang diumumkan pada malam 19 Ogos 2023 adalah nombor yang dia pertaruhkan, memenangkannya hadiah Jackpot 4D kategori 1 prize.

Menerusi laman Facebook rasmi Magnum 4D, seorang pembeli dari Tabuan Jaya dilaporkan telah menjadi orang bertuah yang memenangi hadiah itu.

image is not available

Jumlah keseluruhan yang dimenanginya berjumlah RM8,870,384.00

Cabutan nombor bertuah itu dibeli dengan nombor 395630. Walau bagaimanapun, butiran mengenai pemenang tidak didedahkan oleh syarikat judi tersebut.

Apa-apa pun, tahniah kepada yang menang. Akibat berjudi ini boleh tahan banyak juga ruginya kalau ketagih. Jadi, berpada-pada lah ya. Kalau boleh elakkan, itu yang lebih afdal. Hehe.

image is not available

Lagi artikel menarik, anda boleh baca di pautan bawah: