
TAWAU: Dalam kes serupa yang kedua dalam tempoh 72 jam, seorang penjual kosmetik dalam talian yang disyaki mempunyai hubungan sulit dengan suami orang, cedera dipukul lima wanita di sebuah flat di kawasan bandar ini.
Wanita itu juga hampir dilumur dengan cili pada kemaluannya.
AdvertisementKetua Polis Daerah Tawau, ACP Jasmin Hussin berkata, warga Indonesia berumur 29 tahun itu dilaporkan mengalami pendarahan di bahagian mata sebelah kanan, lebam pada bahagian muka, lengan kiri dan kanan serta di bahagian paha, selain mengalami sakit dada dan sesak nafas.
Menurutnya, dalam kejadian jam 6 petang Selasa itu, mangsa dikatakan diacu gunting pada muka dan dihempuk berkali-kali dengan menggunakan televisyen serta kemaluannya hampir dilumur cili oleh salah seorang suspek.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Katanya, mangsa membuat laporan polis pada Rabu yang mendakwa didatangi oleh lima individu dikenalinya di rumahnya, lalu menyerangnya sehingga cedera.
“Dua daripada suspek dikatakan memukul bahagian muka dan badan mangsa menggunakan tangan dan televisyen, manakala seorang lagi bertindak menarik serta menggunting rambut mangsa selain mengacukan gunting ke arah mukanya,” katanya.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Semasa serangan itu juga, televisyen milik mangsa turut pecah dan rosak, dengan anggaran kerugian RM1,500.
Jasmin berkata, siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada perselisihan faham kerana mangsa didakwa mempunyai hubungan sulit dengan suami salah seorang daripada lima suspek terbabit.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Tambahnya, semasa kejadian tersebut, salah seorang suspek turut membawa sebungkus cili dan bertindak mahu memasukkan cili tersebut ke dalam kemaluan mangsa dan insiden itu turut disaksikan oleh seorang rakan mangsa.
“Rakaman insiden itu turut dikesan ditularkan di media sosial sejak semalam (Khamis),” katanya.
Susulan laporan tersebut, kesemua suspek wanita berusia antara 20 hingga 38 tahun itu ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau, sekitar jam 2.45 petang pada Khamis.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 147 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Pada Selasa, lima wanita ditahan selepas menyerang seorang ibu tunggal di tempat letak kereta sebuah hotel pada Isnin kerana dipercayai menjalin hubungan sulit dengan suami salah seorang suspek. Selain dicederakan, wanita itu juga mendakwa barang kemasnya diambil salah seorang suspek.
Mereka ditahan selepas mangsa, 36, ibu tunggal seorang anak, membuat laporan polis pada jam 4.41 petang Rabu.
Serangan itu berlaku sekitar jam 11 pagi apabila mangsa mendapati kesemua empat tayar kereta Proton X50 pancit, sebelum diserang oleh suspek, menyebabkan beberapa kecederaan dan pendarahan pada muka, belakang dan sebelah kiri kepalanya.
“Mangsa dituduh sebagai perampas suami, manakala mangsa mendakwa hanya mengetahui teman lelakinya itu masih bujang,” katanya.


