“Lagi santai kawan” -Pemancing kongsi situasi panik jumpa harimau dalam hutan

LocalEntertainment
13 Sep 2024 • 9:49 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Pemancing kongsi situasi panik

Dua orang pemancing kongsi situasi panik jumpa harimau dalam hutan sewaktu sedang membaling joran.

Menerusi TikTok nazrie_iskandar, dia telah memuat naik detik cemas yang dihadapi rakannya sewaktu terserempak dengan ‘pak belang’ yang sedang menghampiri mereka ketika sedang memancing.

@nazrie_iskandar

alhamdulillah masih dipanjangkan lagi umur mat dan memeng… pengalaman seumur hidup tengah casting harimau datang berdepan… kepada kawan2 mat berhati-hatilah ketika berada di dalam hutan…kita hanya mampu merancang hanya tuhan menentukan…alhamdulillah ya allah #syukuralhamdulillah #casting #alhamdulillah #semuaallahbagi #ozmy

♬ bunyi asal - nazrie_iskandar - nazrie_iskandar

Pemancing kongsi situasi panik, harimau muncul bawa lari beg

Lebih membuatkan kedua-duanya terkejut adalah tindakan haiwan buas itu yang mengambil beg salah seorang daripada mereka sebelum membawa lari.

Nazrie yang sedang memancing meminta rakannya untuk tidak terlalu panik dan berjalan secara berundur tanpa memijak sebarang ranting kayu agar harimau dihadapannya tidak datang menerkam.

image is not available

Pemancing kongsi situasi panik, baca doa & minta rakan gerak secara mengundur

Sambil memerhati gerak geri harimau terbabit, pemancing berkenaan membaca surah al-Fatihah dan doa Nabi Sulaiman sebagai ikhtiar untuk tidak diserang haiwan tersebut.

Selepas harimau berkenaan beredar, mereka segera memanjat pokok dan menghubungi rakan lain untuk mendapatkan bantuan susulan kejadian tidak diingini itu.

image is not available

Respect dua2 tak panik

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji tindakan mereka berdua kerana tidak panik sehingga mampu mengawal keadaan sehingga berjaya menyelamatkan diri.

Ada juga daripada mereka yang berkongsi petua-petua yang diketahui daripada orang terdahulu jika bertemu dengan pak belang tersebut sebagai perlindungan di masa hadapan jika berhadapan dengan situasi sama.

image is not available

Petua elak dari diserang haiwan2 liar, berbisa

image is not available

Elok amal doa Nabi Sulaiman ketika masuk hutan

image is not available

Pemancing selamat, masuk semula hutan hari ke-2 ambil beg

Dalam pada itu, pemancing yang dipercayai lelaki yang berhadapan dengan harimau berkenaan telah memuat naik hantaran di Facebook memberitahu dirinya dalam keadaan selamat.

Dia juga meminta untuk kenalan-kenalannya tidak terus menghubungi kerana sukar membalas satu persatu memandangkan sedang bercuti di Terengganu.

image is not available

Buat mereka yang kerap masuk ke hutan, seeloknya mempelajari serba sedikit tentang ilmu hutan serta pastikan tidak berseorang kerana pelbagai risiko menanti seperti haiwan berbisa dan juga buas.

Sumber: TikTok nazrie_iskandar, Facebook Mohamad Azmir