Lagi Sekali Poster BDA Jadi Bahan Jenaka Netizen, Ramai Tawar Diri Jadi Pereka Grafik

20 Jan 2023 • 3:36 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

“Dah boleh hire orang baru dah ni” -netizen

Lagi Sekali Poster BDA Jadi Bahan Jenaka Netizen, Ramai Tawar Diri Jadi Pereka Grafik. Dalam sebuah syarikat, tak kira kerajaan atau swasta, pereka grafik memain peranan yang penting dalam memajukan bahan promosi bagi menarik orang perhatian penonton.

Namun, baru-baru ini lagi sekali design dari Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) telah menjadi bahan jenaka netizen. Menerusi perkongsian di laman Facebook rasmi mereka telah menyiarkan logo ulang BDA ke- 45.

image is not available
Lagi Sekali Poster BDA Jadi Bahan Jenaka Netizen, Ramai Tawar Diri Jadi Pereka Grafik

Daripada mengiktiraf ulang tahun BDA ke-45, netizen sebaliknya tertawa dengan poster tersebut.

Namun, apa yang menarik perhatian netizen terhadap posting tersebut adalah rekaan grafik poster yang didakwa kelihatan agak ‘kuno’ dan ‘rekaan grafik’ yang tidak menepati standard masa kini.

Dinyatakan dalam poster tersebut ulang tahun ke- 45 BDA, menunjukkan imej dengan rekaan yang agak lapuk dengan menggunakan classic Microsoft Word gradient pada font. Kata netizen, rekaan tersebut dilihat seperti tidak menepati standard kini.

image is not available
Sumber: Facebook

Daripada mengiktiraf ulang tahun BDA ke-45, netizen sebaliknya tertawa dengan poster tersebut kerana rupanya yang tidak dibuat secara professional untuk ditayangkan di media sosial. Malah ada juga yang tawar diri sendiri untuk menjadi part time dalam pereka grafik untuk poster.

Selamat ulang tahun ke-45 kepada BDA! Semoga poster ulang tahun seterusnya akan direka dengan lebih baik.

image is not available
Sumber: Facebook

image is not available
Sumber: Facebook

image is not available
Sumber: Facebook

image is not available
Sumber: Facebook

Lagi artikel menarik untuk anda baca, tekan pautan di bawah: