Lagi serangan zionis terhadap penduduk Palestin di Huwara

27 Mar 2023 • 11:51 AM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

image is not available

NABLUS: Tentera zionis israel menyerang serta menindas penduduk Palestin di perkampungan Huwara, selatan bandar Nablus, tebing Barat yang diduduki.

Ini merupakan serbuan yang ke-3 yang dilaporkan dalam tempoh sebulan di Huwara, sebuah bandar yang menjadi tumpuan serbuan tentera israel beberapa minggu kebelakangan ini.

Insiden itu menimbulkan kebimbangan semasa bulan suci Ramadan bagi umat Islam yang sebahagiannya bertepatan dengan perayaan Paskah Yahudi, ketika keganasan telah berlaku pada masa lalu.

Keganasan berkaitan peneroka israel yang menyasarkan rakyat Palestin telah mencapai tahap tertinggi sejak 2006, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu kepada Al Jazeera.

Purata harian tiga kejadian keganasan setiap hari telah direkodkan pada 2023, berbanding dua kejadian sehari pada 2022, dan satu kejadian sehari pada 2021.

Sepanjang tahun lalu, tentera israel telah melakukan beribu-ribu tangkapan di Tebing Barat dan membunuh lebih 250 rakyat Palestin, termasuk pejuang serta orang awam.

image is not available

Rakyat Palestin dizalimi setiap hari, tanah mereka dirampas oleh peneroka haram israel.

Kini mereka dijajah dan dipaksa merempat dibumi sendiri.

Sumbangan anda untuk rakyat Gaza & Palestin sangat diperlukan dalam usaha meringankan penderitaan mereka.

ATAU menerusi

Akaun Maybank

Tabung Kemanusiaan MAPIM (Dana MAPIM):
5622 6354 0066

MAPIM Malaysia boleh dihubungi menerusi talian Hotline MAPIM Malaysia iaitu 1300-888-038 (Isnin-Jumaat 9am-6pm) atau whatapps 012-800-2016

Ikuti update terkini
https://t.me/MapimMalaysia