Lagi Tarikan Baharu, Batu Kapur Unik Berbentuk Kucing Ditemui Di Gua Niah

10 Sep 2022 • 1:22 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Struktur batu kapur seakan-akan seekor kucing

Lagi Tarikan Baharu, Batu Kapur Unik Berbentuk Kucing Ditemui Di Gua Niah. Penemuan struktur batu kapur berbentuk seekor kucing di Gua Niah dijangka bakal menjadi satu lagi tarikan di Taman Negara berkenaan.

Menteri Muda Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Masyarakat Datuk Rosey Yunus berkata ia satu penemuan yang sangat menarik kerana sebelum ini belum ada pihak yang mengetengahkan penemuan tersebut.

image is not available
Lagi Tarikan Baharu, Batu Kapur Unik Berbentuk Kucing Ditemui Di Gua Niah. Kredit Foto: FB Abdul MalikIshak Bin Madihi

“Dalam lawatan hari ini (semalam), di satu laluan yang kita lalui, kita sempat melihat satu bentuk yang sangat menarik iaitu berbentuk seperti seekor kucing.

“Jadi, ia merupakan satu penemuan yang sangat menarik bagi kita sebab difahamkan sebelum ini rasanya tidak ada (pihak) yang pernah mengetengahkan penemuan tersebut,”

katanya

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu berkata demikian ketika ditemui semasa mengadakan lawatan santai ke Taman Negara Niah pada Khamis lepas.

Lawatan itu turut disertai beberapa orang wakil media, ahli Wanita Persatuan Bumiputera Bersatu (PBB) Bekenu, Saberkas Bekenu serta ahli keluarga beliau sendiri.

Lawatan itu turut disertai beberapa orang wakil media, ahli Wanita Persatuan Bumiputera Bersatu (PBB) Bekenu, Saberkas Bekenu serta ahli keluarga beliau sendiri.

Taman Negara Niah bakal dijadikan sebagai Tapak Warisan Dunia

Dalam pada itu, ketika diminta mengulas tentang Taman Negara Niah yang dicadangkan sebagai Tapak Warisan Dunia, beliau menyokong penuh cadangan itu dan berharap ia akan menjadi kenyataan.

image is not available
Kredit Foto: FB Niah National Park

“Menyentuh tentang Gua Niah (Taman Negara Niah) yang dicadangkan untuk diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia, ia sesuatu yang amat perlu kerana penemuan sejarah bermula di sini. (Sebenarnya) Jauh lebih awal dari tempat yang lain.

“Kalau sebelum ini dikatakan 45,000 tahun yang lepas, namun ada satu lagi kajian yang mengatakan ia ditemui dalam 65,000 tahun yang lalu. Ini bermakna sejarah Gua Niah jauh ke belakang dan amat wajar ia diiktiraf sebagai satu daripada warisan dunia,” ujar beliau lanjut.

Penemuan batu kapur berbentuk kucing itu diharap dapat menjadi mercu tanda baharu di Gua Niah

Sehubungan itu kata Rosey, sama-samalah kita berdoa agar cadangan itu diluluskan dan Gua Niah dapat diiktiraf sebagai satu daripada Tapak Warisan Dunia.

Penemuan batu kapur itu diharap dapat menjadi satu lagi mercu tanda dan tarikan baharu untuk menarik lebih ramai pelancong berkunjung ke Taman Negara Niah.

image is not available
Kredit Foto: FB Jerry Pui Chaw Min

“Sebenarnya lawatan hari ini juga merupakan satu hari yang amat bersejarah bagi saya kerana kali terakhir saya berkunjung ke sini adalah pada tahun 1970-an. Banyak perubahan yang saya lihat.

“Hari ini saya datang bersama rombongan yang terdiri daripada beberapa wakil media, Wanita PBB Bekenu, Saberkas Bekenu serta ahli keluarga saya sendiri,” ujarnya sambil memberitahu lawatan turut diiringi oleh dua orang warden taman.

Sukakan aktiviti meneroka gua? Ketahui beberapa gua yang boleh anda terokai selain Gua Niah: