Lagi Tayar Treler Tercabut, Mujur Tiada Terkorban

LocalCars
23 Dec 2024 • 11:00 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Perjalanan pulang tiga beranak bersama seorang rakan ke rumah bertukar detik cemas apabila sebiji tayar dari treler tercabut lalu menghentam kereta yang dinaiki mereka di Kilometer (KM) 14 Jalan Jerantut-Maran-Kuantan berhampiran Jambatan Sungai Salan, pada Sabtu lalu.

Mangsa, pegawai pemantau harga, Mohamad Afiq Syahmi Mohd Ramlan, 28, yang memandu kereta Honda City berkata, kejadian berlaku ketika dia bersama isteri, anak perempuan berusia dua tahun dan seorang rakan isterinya dalam perjalanan dari Bandar Jengka ke Jerantut.

image is not available

"Saya nampak 'tayar terbang' dan bergolek ke arah kereta. Saya cuba mengelak ke kiri jalan, namun tayar itu menghentam bahagian hadapan kereta sebelum melanggar pintu kanan hadapan dan belakang.

"Saya dimaklumkan pemandu treler itu tidak sedar tayar belakang sebelah kanan kenderaannya tercabut dan kemudiannya masing-masing membuat laporan polis hari yang sama," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintenden Zukri Muhammad mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian terbabit.

Menurutnya, hasil siasatan yang dijalankan, kejadian berlaku semasa pemandu treler berusia 38 tahun dari arah Jerantut menuju ke Maran.

Mujur, kemalangan itu hanya menyebabkan kerosakan kepada kenderaan terlibat dan tidak melibatkan kecederaan,

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved