Lagi Tular Pelajar Sanggup Taruh Nyawa Untuk Ke Sekolah Menyeberangi Sungai Di Pitas Sabah

4 Aug 2022 • 2:38 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Sampai bila isu ini habis?

Lagi Tular Pelajar Sanggup Taruh Nyawa Untuk Ke Sekolah Menyeberangi Sungai Di Pitas Sabah. Baru-baru ini tular lagi isu pelajar sanggup mempertaruhkan nyawa dengan menyeberangi sungai di Sabah untuk menuntut ilmu.

Terdapat perkongsian video di laman sosial telah menarik perhatian netizen dimana video tersebut menunjukkan sebilangan pelajar yang lengkap dengan uniform sekolah menyeberangi sungai dengan menggunakan sampan.

image is not available
Lagi Tular Pelajar Sanggup Taruh Nyawa Untuk Ke Sekolah Menyeberangi Sungai Di Pitas Sabah. Tangkapan layar dari Twitter @PiaPinah_MH

Bila tidak diviralkan, tidak jalan la kerja pembinaan nanti

Video tersebut telah dikongsi di laman Twitter milik @PiaPinah_MH. Video tersebut telah dimuatnaik beserta kapsyen bahawa video ini diambil di Kampung Mangkabusu, Pitas Sabah.

Dapat video ini dari WS group P179 Ranau. Terkejut jantung. Lokasi: Kg Mangkabusu,Pitas Sabah. Walaupun exam UPSR dan PT3 sudah di mansuhkan ,pelajar-pelajar ini tetap gigih pergi ke sekolah.. Semoga ada tindakan lanjut dapat di lakukan dengan kadar segera.”

Lihat video penuh di bawah:

Sedih, marah, semua ada. Berapa lama dibiarkan begitu?

Video berdurasi 1 minit 48 saat itu menunjukkan pelajar-pelajar tersebut tidak memakai jaket keselamatan ketika menaiki sampan, namun ada juga sebahagiannya yang memakai jaket keselamatan sambil menunggu giliran di tebing sungai.

Keadaan pelajar tersebut telah cetuskan kebimbangan netizen yang menganggapkan tindakan berbahaya itu boleh merisikokan nyawa mereka. Malah, mereka menyuarakan kemarahan mereka kerana kurangnya pengurusan keperluan asas kampung.

Lihat komen di bawah:

image is not available
Lagi Tular Pelajar Sanggup Taruh Nyawa Untuk Ke Sekolah Menyeberangi Sungai Di Pitas Sabah. Tangkapan layar dari Twitter @PiaPinah_MH

image is not available
Lagi Tular Pelajar Sanggup Taruh Nyawa Untuk Ke Sekolah Menyeberangi Sungai Di Pitas Sabah. Tangkapan layar dari Twitter @PiaPinah_MH

image is not available
Tangkapan layar dari Twitter @PiaPinah_MH

Lagi isu aksi bahaya naik tong minyak buat flying fox untuk ke sekolah. Baca lebih lanjut di bawah: