‘Lagu Bae ‘DNA’ saya, jangan nak kutuk-kutuk Laos’

EntertainmentMusic
15 Nov 2026 • 12:08 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: ‘Lagu Bae ‘DNA’ saya, jangan nak kutuk-kutuk Laos’

PETALING JAYA – Tampil mempertahankan Laos di Eurovision Song Contest Asia 2026, penyanyi Andi Bernadee mendedahkan lagu Bae nyanyian Thinla merupakan hasil ciptaannya.

Bagaimanapun, Andi atau nama lengkapnya Andi Azrul bin Andi Mapangile, 35, memaklumkan lagu yang dihasilkan sejak tahun lalu itu pada awalnya tidak dirancang untuk kegunaan di pentas Eurovision.

“Kalian jangan nak kutuk-kutuk Laos. Bae, lagu itu ‘DNA’ saya.

“Kami buat lagu itu tahun lepas. Sebenarnya, lagu itu masih ‘half cooked’ atau belum siap sepenuhnya.

“Tak sangka dia ambil lagu itu untuk Eurovision. Kami pun tak tahu lagu itu untuk Eurovision semasa menghasilkan lagu tersebut,” katanya menerusi InstaStory.

Dalam masa sama, pelantun lagu Donde itu memuji komitmen serta persembahan bertenaga yang dipamerkan wakil negara, Aina Abdul, sambil menyifatkan keputusan pertandingan tersebut sebagai adil memandangkan pihak lawan turut memberikan persembahan cemerlang.

“Tapi Aina dah buat persembahan yang terbaik. Keputusan pun memang dah dijangka sebab Filipina memang bagus.

“Aina pun memang bagus. Jangan gaduh-gaduh, tahun hadapan kita hantar Mimi Fly pula,” ujarnya.

Semalam, Aina menduduki tempat keempat dalam pertandingan Eurovision Song Contest Asia 2026 yang berlangsung di Bangkok, Thailand.

Aina yang tampil dengan lagu Bluest Sky akur apabila meraih markah keseluruhan sebanyak 152 menerusi undian orang ramai dan juri profesional.

Tempat pertama pertandingan tersebut dirangkul penyanyi Filipina, Carmelle Collado, menerusi lagu Sobra Sobra, diikuti wakil Thailand dan Vietnam. – KOSMO! ONLINE

The post ‘Lagu Bae ‘DNA’ saya, jangan nak kutuk-kutuk Laos’ appeared first on Kosmo Online.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved