Lagu Dayang Nurfaizah sentuh jiwa, ramai kongsi kisah kehilangan

EntertainmentMusic
9 Mar 2026 • 3:51 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Setiap kali menjelang Aidilfitri, selain iklan raya yang menyentuh perasaan, lagu-lagu raya juga menjadi antara elemen yang paling dinantikan. Namun, seiring perubahan zaman, aliran muzik raya turut berubah. Jika dahulu lagu raya lebih sarat dengan elemen tradisional dan nostalgia keluarga, kini kebanyakan karya baharu lebih bersifat moden dan ‘catchy’ bagi menarik minat generasi muda.

Bagi generasi muda khususnya, lagu raya yang ringan, mudah diingati dan rancak sering menjadi pilihan. Melodi yang segar serta susunan muzik kontemporari membuatkan lagu-lagu tersebut cepat meniti di bibir, terutamanya di platform media sosial seperti TikTok.

Namun di tengah arus lagu raya moden itu, penyanyi bersuara emas Dayang Nurfaizah tampil dengan pendekatan berbeza menerusi lagu ‘Senyum Gugur Di Penghujung Doa’. Lagu tersebut bukan sekadar karya raya biasa, sebaliknya sebuah balada yang sarat emosi dan menyentuh tema kehilangan.

Lagu ini membawa naratif yang dekat dengan realiti kehidupan ramai orang iaitu sambutan raya yang tidak lagi sama selepas kehilangan insan tersayang. Dengan melodi yang sayu serta lirik yang mendalam, ia seakan membuka ruang kepada pendengar untuk mengimbau kenangan lama yang mungkin masih tersimpan rapi di hati.

@dayangsayangkamu2007

Senyum Gugur di Penghujung Doa.

♬ original sound – DayangNurfaizah – DayangNurfaizah

Antara bait lirik yang paling memberi kesan ialah frasa ‘raya ini raya yang berbeza’. Ungkapan ringkas itu menggambarkan perubahan besar dalam suasana perayaan apabila seseorang yang pernah menjadi sebahagian daripada tradisi keluarga sudah tiada lagi. Mungkin tiada lagi hidangan kegemaran yang selalu disediakan, atau pakaian sedondon yang dahulu ditempah untuk dipakai bersama.

@dayangsayangkamu2007

Thank you guys for letting this song be part of your story🫂❤️ . Senyum Gugur di Penghujung Doa

♬ Senyum Gugur di Penghujung Doa – DayangNurfaizah
Baca juga:

Di media sosial, khususnya di TikTok, ramai pengguna berkongsi perasaan mereka selepas mendengar lagu tersebut. Ada yang berkongsi kisah kehilangan ibu bapa, datuk nenek malah pasangan hidup yang pernah menjadi insan penting dalam setiap sambutan Aidilfitri.

Karya ini turut mendapat pujian kerana kekuatan liriknya yang ditulis oleh Hael Husaini. Penulisan yang puitis tetapi jujur menjadikan lagu ini bukan sekadar hiburan, sebaliknya sebuah karya yang memberi ruang untuk pendengar memproses emosi mereka sendiri.

@ifarahahmad

KOYAK ‼️ Lagu raya 2026 “Senyum Gugur Di Penghujung Doa ” @DayangNurfaizah tq menyanyikan. Jahat manja2 sungguh penulisan @Hael Husaini ni yer. Dan juga Iqie Hugh. 👏👏👏 Dgr lagi radio pastu leps events p cari lagu dengar padan muka diri sendiri koyak dalam kereta hehe. Takpelah sekali sekala cuci paru2. Kuat macam mana pun kena gak nangis sekali sekala. #catatanfarahahmad #pelukeratdirisendiri#laguray2026#dayangnurfaizah #haelhusaini

♬ original sound – DayangNurfaizah – DayangNurfaizah

Pelakon Farah Ahmad juga tidak terkecuali berkongsi perasaan tersentuh selepas mendengar lagu berkenaan. Farah, yang pernah melalui detik kehilangan suami beberapa tahun lalu, mengakui lagu itu membuatkan hatinya ‘koyak’ kerana begitu dekat dengan pengalaman hidup yang pernah dilalui.

The post Lagu Dayang Nurfaizah sentuh jiwa, ramai kongsi kisah kehilangan appeared first on The Reporter.