Lagu ‘Lebih Indah Berpisah’ Dikeluarkan Dari OST, Bella Astillah Akui Langsung Tak Dimaklumkan

EntertainmentMusic
27 Aug 2025 • 3:43 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah mengakui tidak mengetahui mengenai khabar angin bahawa lagu terbaharunya berjudul Lebih Indah Berpisah ciptaan Ade Govinda telah dikeluarkan daripada menjadi runut bunyi drama Hilang Dalam Rindu.

Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, berkata semua urusan berhubung lagu tersebut dikendalikan oleh pihak rakaman Universal Music Malaysia.

“Yang itu saya tak boleh nak cakap apa sebab Universal Music yang uruskan. Saya pun tak dimaklumkan. Pilih atau tak, saya sendiri pun tak tahu lagu itu dipilih atau tidak,” katanya kepada mStar.

Bella ditemui pada majlis pelancaran platform SocialCeleb, inisiatif mencari bakat digital di Malaysia pada Selasa.

Walaupun lagu berkenaan tidak lagi digunakan sebagai OST, Bella tetap berterima kasih kepada peminat yang setia menyokong.

“Alhamdulillah, saya faham setiap orang ada pandangan masing-masing. Apa yang penting saya nak ucap terima kasih kerana masih mendengar dan ambil berat tentang lagu itu,” ujarnya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2025-08-27 14:01:24

"Sian Netizen B*do Kena Tipu" - Foto Zarina Anjoulie Di Pejabat SKMM Curi Tumpuan Ramai

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved