Lagu raya dulu vs sekarang: Nostalgia atau trend

EntertainmentMusic
19 Mar 2026 • 7:40 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Lagu sekarang lebih bersifat komersial sekadar memenuhi tema musim perayaan. Gambar hiasan

SETIAP kali musim Aidilfitri menjelang, kita akan ternanti-nanti lagu yang boleh membangkitkan mood nak beraya dan buat hati berasa sayu.

Seiring perubahan zaman, Merak Jalanan melihat lagu raya turut berubah, namun sayangnya kerana tidak lagi ‘mesra di telinga’.

Ramai yang mula merasakan lagu raya zaman sekarang kurang ‘sedap didengar’ berbanding lagu pada era 50 hingga 90-an.

Lagu sekarang lebih bersifat komersial sekadar memenuhi tema musim perayaan tanpa menyelitkan mesej mendalam untuk kekal relevan di telinga pendengar untuk beberapa dekad akan datang.

Merak Jalanan ambil contoh lagu seperti Dendang Perantau oleh Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Cahaya Aidilfitri nyanyian Black Dog Bone.

Tak perlu intro panjang berjela, baru beberapa saat dimainkan pun sudah cukup untuk meresap ke dalam jiwa dengan bait-bait liriknya.

Bandingkan pula dengan lagu raya sekarang yang berkonsepkan catchy, lirik yang terlalu ringkas dan kadang kala tak membawa makna apa-apa.

Merak Jalanan bukanlah tak menghargai hasil seni generasi sekarang cuma merasakan sentuhan emosi dan keindahan yang pernah mewarnai lagu raya dahulu semakin pudar.

Satu perkara sukar ditandingi lagu raya moden ialah lagu raya lama dikaitkan dengan kenangan zaman kanak- kanak, suasana kampung dan momen bersama keluarga.

Lagu sekarang masih belum dapat membina hubungan emosi sedemikian dan cepat dilupakan selepas musim raya berakhir.

Hakikatnya, lagu raya yang benar-benar hidup bukan sekadar meriah di corong radio, tetapi mampu menyentuh jiwa, terkenang dan tersenyum dalam hening Syawal.

View Original Article