“Lagu raya tahun ini tak ada pun, korang kena April Fool!” – Aliff Syukri

Music
2 Apr 2024 • 10:25 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
April Fool

Usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri menjelaskan hasratnya untuk mengeluarkan lagu raya pada tahun ini hanya April Fool semata-mata.

Menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Aliff Syukri di laman Instagramnya, dia memohon maaf kepada netizen dengan usikan yang dilakukannya itu sehingga mengundang kemarahan ramai.

April Fool

“Lagu raya saya tahun ini tak ada pun. Saya saja sakat korang semua. Kepada mak dan isteri saya, jangan marah ye. kepada korang semua..April Fool! Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri.

“Cuba tulis di bawah siapa dah kena prank dengan saya? Kepada yang menunggu lagu saya tu..April Fool! Minta maaf semua saya hanya menyakat korang je, jangan lah serius sangat. Hidup kena happy sahaja,” ujarnya.

image is not available

April Fool haram disambut

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tidak puas hati dengan pengakuan usahawan tersebut memandangkan April Fool adalah hari yang haram disambut oleh umat Islam.

image is not available image is not available image is not available

Bawak-bawak lah bertaubat

Bukan itu sahaja, netizen turut menitipkan nasihat kepada Aliff Syukri supaya kembali ke jalan yang benar dan menjalankan kehidupannya mengikut ajaran Islam.

Tegas netizen, usahawan tersebut tidak perlu lakukan April Fool untuk menghormati sensitiviti agama terutamanya pada bulan mulia.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Terdahulu, ibu kepada Aliff Syukri iaitu Bonda Rozita Ibrahim meluahkan rasa kecewa dan sedih terhadap anak lelakinya itu susulan muzik video raya yang mengundang kemarahan ramai.

Malah, dia meminta agar Aliff Syukri memadam muzik video tersebut untuk menjaga maruah keluarga selain mengelakkan keadaan menjadi lebih buruk.

Sumber: Instagram @Aliff Syukri