Lagu Single Memerang Dianggap Tak Sesuai Dengan Status Ibu Anak 2, Ini Respon Ayda Jebat – “Biasalah Ada Suka, Ada Tak Suka”

LocalEntertainment
30 Sep 2024 • 1:16 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penyanyi bersuara lunak, Ayda Jebat tampil dengan single terbaru berjudul Memerang baru-baru ini.

Namun begitu, single tersebut dikritik sesetengah pihak gara-gara statusnya kini yang bergelar isteri dan ibu kepada dua orang anak.

Kata Ayda, kritikan tersebut adalah perkara biasa buat dirinya yang bergelar penyanyi dan pelakon dan tidak menyimpan ia di dalam hati.

Sudah namanya peminat. Saya rasa perkara biasa, jika ada yang suka dan ada yang tidak suka dengan ‘Memerang’ ini. Ketika saya muncul dengan lagu balada, orang minta lagu rancak. Perkara sebaliknya terjadi apabila saya keluar lagu rancak.

Tetapi saya secara peribadi saya suka lagu itu, kalau ada yang kata tak matang sebab keluar lagu begitu, saya sudah pernah keluarkan lagu yang bergenre matang sebelum. Lagu sebegini yang memperkenalkan nama saya dalam industri muzik.

Tambahnya lagi, apabila orang mengaitkan status saya sebagai ibu anak dua dengan lagu Memerang, bagi Ayda ia adalah sesuatu yang subjektif.

Saya kembali dengan identiti saya menerusi lagu Memerang. Perlu selari dengan peredaran zaman.

Sekadar info, muzik video Memerang menampilkan ramai selebriti dan pempengaruh Indonesia, Grabriel Phrince serta bintang tempatan seperti Liza Abdullah, Kasih Iris Leona, Ceddy Ang dan juga anak sulungnya, Ana Nayla.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 day ago

"Kucing Lalu, Saya Rasa Nak Makan.." - Podcast Zara Zya Dirasuk Makhluk Halus Di Bali Bikin Bulu Roma Netizen Meremang!