Lagu sulung Azeva Tanpa Rasa Jemu jadi OST Bisikan Nafsu

EntertainmentMusic
11 Sep 2026 • 6:49 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Azeva

PETALING JAYA: Penyanyi baharu, Azeva mempertaruhkan single sulungnya, Tanpa Rasa Jemu yang bukan sahaja mengangkat tema kasih sayang dan kesetiaan tanpa syarat, malah dipilih sebagai lagu tema (OST) filem Bisikan Nafsu.

Lagu ciptaan Zul 2By2, Aiman dan Madi Mulyadi dengan lirik nukilan ibunya, Datuk A. Aida itu menjadi titik permulaan perjalanan seni Azeva dalam industri muzik tanah air.

Menurut Azeva, daripada beberapa pilihan lagu yang diterimanya, Tanpa Rasa Jemu berjaya mencuri hatinya sejak pertama kali didengarkan.

Katanya, susunan muzik dan lirik yang menyentuh jiwa membuatkan beliau yakin lagu berkenaan pilihan terbaik untuk single sulungnya, selain penglibatan ibunya dalam proses penulisan lirik serta bimbingan barisan komposer berpengalaman.

Azeva

“Daripada semua lagu yang saya dengar, Tanpa Rasa Jemu benar-benar menyentuh hati saya kerana susunan muzik, lirik dan keseluruhan dinamik lagu ini. Setiap kali mendengarnya, saya rasa tidak puas.

“Lagu ini juga sangat istimewa kerana mama turut terlibat dalam proses pembikinannya, manakala Abang Zul, Aiman dan Madi banyak membimbing saya sepanjang proses rakaman,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mengulas maksud di sebalik lagu berkenaan, Azeva berkata, Tanpa Rasa Jemu membawa mesej mengenai kasih sayang yang tetap utuh walaupun diuji dengan pelbagai dugaan.

Lagu itu turut menjadi runut bunyi (OST) filem Bisikan Nafsu yang mengisahkan seorang lelaki yang terus setia mencintai pasangannya walaupun berdepan ujian berat.

Filem berkenaan bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara pada 1 Oktober 2026.

Azeva

Bagi Azeva, mesej lagu itu bukan sekadar berkisar mengenai cinta antara pasangan, malah boleh diterjemahkan kepada kasih sayang dalam keluarga yang sentiasa menerima dan menyokong tanpa mengenal penat atau jemu.

Dalam pada itu, Azeva berharap Tanpa Rasa Jemu mendapat tempat di hati pendengar dan menjadi karya yang sentiasa diingati.

Azeva turut memaklumkan dua lagi projek rakaman sedang dalam perancangan, termasuk versi baharu lagu Sejiwa yang mempunyai nilai sentimental buat keluarganya serta sebuah lagu tema (OST) untuk animasi.

Single sulung Azeva, Tanpa Rasa Jemu, yang diterbitkan menerusi kerjasama Nova Music Malaysia dan A. Aida Production, mula distrim di semua platform penstriman muzik pada 11 September 2025.

Muzik video rasmi lagu berkenaan turut boleh ditonton di saluran YouTube Nova Music Videos pada hari sama, jam 3 petang.

The post Lagu sulung Azeva Tanpa Rasa Jemu jadi OST Bisikan Nafsu appeared first on Utusan Malaysia.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved