Lagu The Beatles Baharu Akan Diterbitkan Tahun Ini Dengan Bantuan AI

TechnologyDigital
14 Jun 2023 • 1:12 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Album terakhir The Beatles diterbitkan pada tahun 1970 dan selepas itu ahli kumpulan legenda ini mengikut haluan masing-masing. Harapan untuk mendengar lagu baharu daripada mereka musnah selepas kematian John Lennon pada tahun 1980. Dalam temubual bersama BBC, Sir Paul McCartney berkata satu lagi baharu daripada The Beatles akan diterbitkan tahun ini dengan bantun kecerdasan buatan (AI).

image is not available
Kulit Album Abbey Road

Lagu terakhir ini tidak didedahkan namanya tetapi adalah demo yang direkod ke dalam kaset oleh Lennon yang diberikan balu beliau Yoko Ono kepada McCartney beberapa dekad yang lalu. Timbul spekulasi ia mungkin lagu Now and Then yang tidak dapat disiapkan kerana kualiti rakaman pada kaset yang rendah. Dengan bantuan AI, trek audio suara Lennon mungkin akhirnya akan dipisahkan daripada rakaman kini pada kualiti yang tinggi.

Hanya Sir Paul McCartney dan Sir Ringo Starr masih hidup dengan George Harrison meninggal dunia pada tahun 2001. Minat kepada muzik The Beatles masih lagi tinggi di kalangan generasi muda kerana mereka merevolusikan muzik genre Rock di dekad 60an dan 70an.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved