Lagu Wau Bulan bergema di China, Shila Amzah dipuji angkat budaya Malaysia

LocalEntertainment
10 Feb 2025 • 10:45 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Bakat yang ada pada penyanyi Shila Amzah tidak dapat dipertikaikan lagi. Kelunakan suaranya bukan sahaja menambat hati peminat di Malaysia, malahan di negara China nama Shila begitu dekat di hati mereka.

Nama Shila sekali lagi disebut dan meraih perhatian ramai apabila berkongsikan satu video promosi budaya Malaysia ke negara China.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, Shila bersama seorang penyanyi lelaki dari China, Sun Nan menyanyikan selingan lagu tradisional Kelantan, Wau Bulan.

@shilaamzahtv_

Shila Amzah mendoniaaa dengan mempromosikan budaya Malaysia di China #shilaamzah @ShilaAmzah

♬ original sound – ShilaAmzahTV  ️ – ShilaAmzahTV  ️

Bukan sahaja dipuji menyanyikan lagu tradisional, malahan Shila juga dipuji mengenakan jaket yang bermotifkan batik.

Menerusi vlog yang dikongsikan oleh suami Shila Amzah, Ubai, Shila mengatakan pembikinan video berkenaan dinyanyikan secara siaran langsung di luar dengan cuaca ketika itu mencecah -5 darjah Celsius.

Rata-rata peminat dan netizen berbangga dengan pencapaian Shila yang menaikkan nama Malaysia di negara luar.

“Ini yang perlu dibanggakan, bawa negara dan tak malu untuk selitkan budaya sendiri sampai ke tahap ini,” kata netizen.

“Artis yang tak pernah mengaku diri dia hebat, tapi dia sebenarnya dah tahap international,” kata netizen lagi.