Lah Ahmad, Cat Farish Dan Noki Buat Muzik Video Untuk BN, Nama Altimet Kena ‘Petik’ – “Hanya Cari Makan..”

Music
7 Nov 2022 • 3:03 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Tular di media sosial Twitter dan Facebook hari ini mengenai satu hantaran yang memaparkan Lah Ahmad, Cat Farish dan Noki K-Clique bergandingan dalam sebuah muzik video yang difahamkan untuk kempen promosi untuk sebuah parti politik.

Lagu yang berjudul Cukup Sekali itu merupakan hasil terbitan Dato’ Shahrul Nasrun yang merupakan Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia.

Ia kemudian menjadi tular di internet dan sekaligus mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen.

Malah, ada juga pihak yang ‘menyeru’ penyanyi Altimet dan menggesa agar dia membuat satu muzik video ‘balasan’ untuk parti Pakatan Harapan pula.

Dalam pada itu, ramai juga yang tidak menyangka bahawa penyanyi dalam muzik video lagu Cukup Sekali itu kini tidak teragak-agak untuk menzahirkan pegangan mereka dalam bidang politik kepada peminat di luar sana.

Seronok tengok artis yang berani tunjuk sokong parti mana macam ni. Tapi biasanya yang sokong kerajaan je la berani tunjuk. Tak ramai artis yang berani tunjuk sokong pembangkang.

Namun bagitu, bagi Altimet pula, dia tidak kisah apabila rakan artis mula menunjukkan kecenderungan terhadap sesuatu parti politik seperti berkempen dan membuat lagu promosi kerana ia menunjukkan tanda aras yang positif dari segi isu kebebasan bersuara dalam kalangan rakyat.

Petanda kematangan kita sebagai negara berteraskan demokrasi.

Kata Altimet lagi, meskipun berbeza haluan dari segi politik namun dia masih menghormati penyanyi-penyanyi lagu Cukup Sekali itu sebagai rakan artis dan teman seperjuangan dalam bidang seni.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 hari lalu

Nabil Ahmad Didakwa Tak Beradab, 'Ejek' Juri Jemputan GV9 Raisa, - "Cukup La 'Menganjing' Tu"