“Lah Kawan Ke?” – Netizen Terkejut Lihat Kim Saeron Tinggalkan Komen Di Foto Han Sohee

Entertainment
4 Aug 2024 • 11:53 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Siapa sangka kan Han So-hee dengan Kim Sae-ron ni rupanya kawan juga.

Pada 3 Ogos, Han So-hee telah memuat naik swafoto baru di Instagram, sambil memegang pistol buih berbentuk rama-rama. Dalam foto seterusnya, ada juga meme anjing dengan kapsyen,

Saya mungkin terkencing.

Selain komen peminat di hantaran itu, komen dari Kim Sae-ron turut menarik perhatian di mana dia menulis,

Buang mainan itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 한소희 (@xeesoxee)

Memandangkan kedua mereka tidak pernah berinteraksi atau bekerja bersama sebelum ini, netizen tertanya-tanya tentang hubungan antara keduanya.

Malahan, ada yang membuat dakwaan bahawa mereka sebenarnya rapat tetapi jarang dilihat bersama kerana kontroversi pandu mabuk Kim Sae-ron.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.