Lahirkan generasi pencipta peluang ekonomi

LocalStartup
17 Jul 2026 • 3:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Lahirkan generasi pencipta peluang ekonomi

SHAH ALAM, 17 JUL: Selangor mengubah pendekatan pembangunan belia, daripada melahirkan pencari kerja kepada pencipta peluang ekonomi melalui pelbagai dasar dan inisiatif dalam ekosistem keusahawanan.

Menurut EXCO Belia Najwan Halimi, kaedah itu dibuat melalui Program Pembangunan Usahawan Belia Selangor (PLATS), program transisi kerjaya, pembiayaan mikro, latihan pendigitalan serta akses pasaran.

“Kita bukan sekadar membantu anak muda berniaga tetapi membina rantaian lengkap daripada latihan, pembiayaan, pemasaran sehingga penskalaan perniagaan.

Image from: Lahirkan generasi pencipta peluang ekonomi
Trader Hendri Rosli, 37, has already set up a stall selling grilled squid and tofu at the refurbished Pantai Morib, Banting, on June 20, 2026.

“Ini selari dengan aspirasi ekonomi negeri yang mahu lebih ramai belia menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi baharu,” katanya kepada Media Selangor.

PLATS melahirkan 102,050 usahawan dan 19,419 daripadanya belia berusia 18 hingga 35 tahun sejak inisiatif kelolaan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI diperkenal pada 2020.

Najwan menjelaskan kejayaan pembangunan belia tidak lagi diukur berdasarkan jumlah program, sebaliknya bilangan belia yang memperoleh pekerjaan atau meningkatkan pendapatan.

Katanya, ukuran itu meliputi bilangan usahawan baharu yang bertahan dan berkembang selain penyertaan dalam kepimpinan serta kesukarelawanan selain jaringan kerjasama dengan industri.

“Itu perubahan paling penting yang sedang kita bina di Selangor,” katanya sambil menyatakan pembangunan belia diperkukuh menerusi Rancangan Selangor Kedua (RS-2) bagi memastikan ke-san lebih menyeluruh dan berterusan.

Beliau berkata Selangor mahu membina ekosistem pembangunan belia yang berupaya melahirkan lebih ramai usahawan, menambah peluang pekerjaan bernilai tinggi dan lebih ramai pemimpin muda.

Menurutnya lagi, penekanan diberi kepada ekosistem yang menghasilkan kesan sebenar iaitu peluang pekerjaan, keusahawanan, pembangunan bakat, kepimpinan dan kesiapsiagaan menghadapi ekonomi masa depan.

Katanya, Selangor juga akan memastikan setiap daerah ada akses kepada pe-luang pembangunan melalui Rancangan Selangor Kedua (RS-2) termasuk e-sukan, industri kreatif, aktiviti riadah dan kesukarelawanan.

Najwan menjelaskan perubahan terbesar yang dicapai antaranya belia kini tidak lagi dianggap penerima manfaat sahaja, sebaliknya rakan strategik kepada pembangunan negeri.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved