Lain Dari Lain, Pasangan Pengantin Undang “Band” Black Metal “Perform” Hiburkan Tetamu

Music
2 Feb 2023 • 9:59 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Lain Dari Lain, Pasangan Pengantin Undang “Band” Black Metal “Perform” Hiburkan Tetamu

Pasangan pengantin dari Indonesia yang meraikan perkahwinan mereka dengan mengundang kumpulan muzik black metal untuk membuat persembahan menjadi tular di media sosial, lapor Suara.com.

Video yang memaparkan situasi sebuah kumpulan muzik black metal melakukan persembahan itu dimuat naik oleh @xtrememerch ke laman Instagram pada Selasa, 31 Januari lalu.

Menerusi video tersebut, kelihatan pasangan mempelai berkenaan duduk di hadapan pentas ketika kumpulan black metal itu membuat persembahan.

Lengkap dengan memakai busana tradisional, kedua-duanya dapapt dilihat sedang menikmati rentak muzik yang dimainkan oleh kumpulan muzik tersebut.

Malah, pasangan pengantin itu turut dilihat bergambar dengan membuat gaya rock tiga jari, lapor Suara.com.

Kumpulan muzik black metal berkenaan dilihat memakai pakaian berwarna hitam dan muka mereka dicat putih mengikut gaya gothic.

Bukan itu sahaja, Para tetamu yang menghadiri majlis itu turut kelihatan menikmati persembahan muzik rock dan bersorak.

Video persembahan kumpulan black metal pada majlis perkahwinan itu mendapat perhatian netizen sehingga ada yang memberi respon positif terhadap majlis perkahwinan pasangan pengantin itu.

“Tetamu undangan sila rapat ke pentas, acara akan bermula tidak lama lagi,” komen seorang netizen.

“Saya berharap sangat ni,” komen seorang lagi netizen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by X T R E M E (@xtrememerch)

Sumber: Suara.com

View Original Article