Lain Dari Yang Lain, Laksa Sarawak Jadi Buruan ‘Hantu Laksa’ Di Pesta Laksa Terbesar Perak

3 Jun 2023 • 10:03 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Himpun laksa dari pelbagai negeri, Pesta Laksa Kuale jadi tarikan di Perak

Lain Dari Yang Lain, Laksa Sarawak Jadi Buruan ‘Hantu Laksa’ Di Pesta Laksa Terbesar Perak. Bagi penggemar laksa tentunya mengetahui makanan unik ini terdapat dalam banyak versi, mengikut negeri-negeri di Malaysia.

Pastinya jika laksa-laksa dari setiap negeri dihimpunkan di satu tempat, ‘hantu laksa’ tidak akan melepaskan peluang mengunjunginya, bagi merasa semua laksa tersebut.

image is not available
Lain Dari Yang Lain, Laksa Sarawak Jadi Buruan ‘Hantu Laksa’ Di Pesta Laksa Terbesar Perak. Kredit: Facebook

Menurut laporan dari Astro Awani, Pesta Laksa Kuale yang sedang berlangsung di Arena Kuala Kangsar di sini selama dua hari bermula semalam, menghimpunkan laksa dari 10 negeri, menawarkan pelbagai jenis laksa dengan keenakan dan keunikan masing-masing.

Seorang pengunjung dari Langkawi, Kedah, Anisah Mohd Nor, 35, berkata dia amat teruja apabila dapat berkunjung ke pesta yang mengumpulkan laksa dari pelbagai negeri itu.

image is not available
Kredit foto: Bernama

“Saya bercuti bersama keluarga di Perak, kemudian saya lihat iklan berkaitan pesta ini di Facebook, jadi kami sekeluarga datang ke sini untuk merasai pelbagai laksa.

Laksa Sarawak diterbangkan khas sempena Pesta Laksa Kuale

Sementara itu, seorang pengusaha laksa Sarawak Jamaiyah Sulaiman, 55, diterbangkan jauh dari Bumi Kenyalang dalam usaha mempromosikan laksa Sarawak kepada pengunjung khusunya di Semenanjung.

image is not available

“Antara kelainannya, laksa di Semenanjung banyak menggunakan isi ikan tapi di Sarawak, kita menggunakan rempah ratus tersendiri dan ada pes khas.

image is not available
Kredit foto: Sophia Lamat

“Laksa Sarawak menggunakan bihun bagi menggantikan laksa, yang lebih sedap dimakan bersama hirisan telur dadar, carikan isi ayam, udang, taugeh, limau kasturi dan daun ketumbar,” katanya.

Laksa dari negeri lain turut menjadi tumpuan pengunjung

Chemah Omar, 60, dari Melaka yang memperkenalkan laksa Nyonya berkata laksa itu dimakan bersama bihun, dan kuahnya pula diperbuat dari udang kering dan udang segar.

“Telur rebus, bunga kantan dan daun kesum pula digunakan sebagai hiasan. Di Melaka, kita mempunyai pelbagai kaum antaranya Baba Nyonya, Portugis, Jawa dan Banjar.

image is not available
Kredit foto: Bernama

“Kalau di sini ada laksa Kuale, tapi di tempat kami, kami ada laksa Nyonya yang menggunakan buah keras sebagai bahan utama kuahnya,” jelasnya.

Baca lagi artikel menarik: