Lakaran ‘Dusun Dayak’ Tarik Perhatian, Individu Ini Kongsi Kisah Disebalik Lukisan Ini

2 Apr 2023 • 8:33 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Rupa-rupanya pada suatu ketika dahulu, pernah wujud istilah ‘Dusun Dayak’

Lakaran ‘Dusun Dayak’ Tarik Perhatian, Individu Ini Kongsi Kisah Disebalik Lukisan Ini. Jika anda menyebut perkataan ‘Dayak’, anda akan sering teringat dengan suku Dayak di Sarawak dan Kalimantan, Indonesia.

Namun, sekeping gambar yang menunjukkan lakaran yang dirujuk sebagai ‘Dusun Dayak’ baru-baru ini dikongsi dalam talian oleh seorang individu, yang turut berkongsi cerita di sebaliknya.

image is not available
Lakaran ‘Dusun Dayak’ Tarik Perhatian, Individu Ini Kongsi Kisah Disebalik Lukisan Ini

Dilakar pada tahun 1846

Lakaran itu dikongsi di Facebook oleh Ben Randawi, yang turut berkongsi asal usul dan cerita di sebalik lakaran itu.

Secara ringkasnya, lakaran itu telah diambil dari sebuah buku oleh Belcher, yang tiba di Pantai Barat Sabah pada tahun 1843. Beliau bertanggungjawab dalam merekodkan bangsa Dusunik, di mana beliau menggunakan istilah ‘Dusun Dayak’ dan ‘Idaan Dayak’ secara bergantian, merujuk kepada bangsa yang sama iaitu bangsa Dusunik di pantai barat Borneo.

image is not available
Admiral Sir Edward Belcher. Kredit: Wikipedia

Lakaran yang dikongsi oleh Randawi menunjukkan seorang Dayak Idaan (Dusun) di pedalaman Kota Belud pada tahun 1846, mungkin di kawasan Tempasuk atau Kadamaian. Ciri khas mereka adalah sigar yg berlilit di kepala, seperti yang kita lihat dalam gambar.

Berkongsi asal usul istilah ‘Idaan’

Difahamkan, istilah ‘Idaan’ dipercayai digunakan oleh orang Samah untuk merujuk kepada penduduk agrarian di Pantai Barat Sabah. Istilah ini pula digunakan oleh orang Abai untuk merujuk kepada penduduk agrarian di Pantai Barat Borneo.

Menurut Belcher, istilah ini berasal daripada perkataan Dusunic ‘Kadayan’, di mana perkataan itu adalah nama cabang bangsa Dusunic di pesisir pantai Sabah yang menetap di kawasan Tempasuk sehingga ke Brunei.

Ini termasuk kaum Bisaya dan Dusun Brunei, kerana mereka juga direkodkan menggunakan istilah ini untuk merujuk kepada suku kaum mereka.

image is not available
Pakaian perang kaum Dusun di sekitar lereng Gunung Kinabalu. Kredit: My Sabah / FB Pulau Dayak

Variasi sebutan bagi istilah “Dusun” dan “Idaan”

Kongsinya lagi, istilah ‘Dusun’ kadangkala disebut berbeza oleh orang Eropah dan begitu juga dengan ‘Idaan’, yang kadangkala ditulis sebagai ‘Yadaan’, ‘Idawan’, dan seterusnya oleh penulis Eropah.

Di Kota Belud, orang Dusun menggelar orang di pesisir pantai sebagai ‘Samah” manakala orang Samah memanggil orang di dataran rendah dan pergunungan sebagai ‘Idaan’.

Penerangan tentang rupa dan senjata orang Dayak

Dalam sebuah lagi buku yang ditulis oleh Arthur Adams yang kemudian dikumpul oleh Don Carlos, menerangkan bahawa kaum Dusun Dayak di hulu Kabatuan di pedalaman Teluk Gaya, suka memanjangkan rambut mereka dan memakai gelungan tembaga di pinggang dan leher mereka.

Mereka juga digambarkan suka mengikatkan kepala mereka dengan kain tenunan yang ditenun dari serat tumbuhan dan memakai anting-anting dari tembaga.

image is not available
Gambar sekadar hiasan. Kredit: Berita Harian

Untuk peralatan perang mereka, mereka dikatakan lebih kepada penggunaan sumpit, parang dan perisai, dimana perisai tersebut akan dihiasi dengan rambut manusia – dari rambut musuh yang dipenggal.

Namun, masyarakat Dusun Dayak di kawasan hulu Kabatuan (kawasan dataran rendah) jarang yang bertatu, kecuali kawasan pedalaman.

Lagi di sini: