Lakaran Honor 500 Tertiris Dengan Rekaan Baharu Mirip iPhone Air

TechnologyDigital
4 Nov 2025 • 1:30 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Model terbaharu dalam siri nombor yang dipercayai sebagai Honor 500 dijangka hadir dengan reka bentuk yang lebih segar dan moden. Hal ini berikutan tertirisnya lakaran yang menunjukkan peranti menampilkan bonggol kamera mendatar yang menyerupai gaya iPhone Air dan Google Pixel.

Paparannya pula rata serta mempunyai bucu yang besar dan membulat yang menjadikan reka bentuk kali ini kelihatan lebih kemas berbanding model terdahulu.

image is not available

Selain itu, siri ini dijangka menerima peningkatan dari segi kamera, prestasi dan ciri tambahan kerana ia menggunakan komponen dalaman yang lebih baik. Bagaimanapun dengan peningkatan tersebut, harga jualan turut dijangka meningkat.

Versi Pro dan standard dipercayai berkongsi reka bentuk yang serupa namun model Pro menawarkan konfigurasi tiga kamera belakang manakala model standard hanya dilengkapi dengan dua kamera.

image is not available
iPhone Air

Setakat ini, tiada maklumat rasmi mengenai spesifikasi, namun peranti ini dijangka hadir dengan penawaran yang bersesuaian dengan segmen pasaran sasaran.