Lakaran Mitsubishi Pajero Didedah Berdasarkan Gambar Intipan

Cars
30 Jul 2025 • 2:15 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Nampaknya pengeluar kereta Jepun, Mitsubishi, bakal menghasilkan sebuah model pengganti kepada SUV 4x4 ikonik mereka yang dikenali sebagai Pajero.

Malah, model berkenaan juga dipasarkan dengan nama ‘Montero’ atau ‘Shogun’ bergantung kepada pasaran. Apapun, prototaip SUV 4X4 itu dilaporkan telah dikesan sedang menjalani ujian jalan raya di Eropah baru-baru ini.

image is not available

Berdasarkan maklumat itu, artis render digital automotif tempatan Chin Swee Hoe atau lebih dikenali dengan nama ‘Theophilus Chin’ atau ‘@theottle’ telah menghasilkan gambaran visual SUV baharu itu.

Untuk kali ini, Chin menggunakan Nissan Patrol kerana saiznya yang hampir serupa. Selain itu, beliau turut memasukkan elemen reka bentuk daripada model terbaru Destinator, iaitu SUV tiga baris tempat duduk yang dibangunkan khusus untuk pasaran ASEAN.

Untuk makluman, model Destinator diperkenalkan oleh Mitsubishi secara dalam talian baru-baru ini.

image is not availableimage is not available

Model baharu ini diasaskan daripada SUV kompak XForce yang juga dibangunkan untuk pasaran ASEAN. Ia turut menggunakan enjin petrol turbo 1.5 liter 4-silinder MIVEC yang sama, namun dengan output yang dipertingkatkan kepada 161 HP dan 250 NM.

Berbalik kepada imej render Pajero, terdapat spekulasi dari sumber dalam talian bahawa versi produksi sebenar mungkin bakal menggunakan sistem plug-in hybrid (PHEV). Namun begitu, perkara ini bergantung kepada platform yang akan digunakan nanti.

image is not availableimage is not available

Dari segi platform, terdapat juga spekulasi bahawa model Pajero baharu ini mungkin diasaskan daripada seni bina CMF-C/D seperti yang digunakan pada Mitsubishi Outlander. Platform ini lebih sesuai untuk konfigurasi PHEV berbanding kerangka ladder tradisional.

Sebaliknyajika Mitsubishi memilih untuk mengekalkan asas ladder frame seperti trak pikap Triton generasi terkini, enjin turbo diesel 2.4 liter yang digunakannya juga dijangka akan menerima penambahbaikan elektrifikasi suatu masa nanti – mungkin mirip Toyota Hilux MHEV sebagai perbandingan.

image is not available

Segala spekulasi ini bakal terjawab tidak lama lagi kerana pelancaran rasmi SUV baharu ini dijangka akan berlangsung sebelum hujung tahun ini. Sementara itu, apa pendapat anda tentang visi terbaru Chin terhadap Pajero 4x4 SUV ini?