“Laki Dia Manis, Padanlah” – Intan Najuwa Kahwin Dengan Datuk, Terima Wang Hantaran RM222,000

Local
18 Aug 2023 • 7:47 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Pelakon kecil molek, Intan Najuwa hari ini telah selamat disatukan dengan pilihan hatinya dalam majlis serba meriah di sebuah hotel mewah terletak di Desaru Johor.

Memetik laporan mStar, Intan Najuwa sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan Datuk Ahmad Azraf Azman, 39, dengan sekali lafaz kira-kira jam 6.45 petang Jumaat.

image is not available
Kredit foto: cst production

Pelakon terbabit menerima mas kahwin berjumlah RM20,000 dan wang hantaran RM222,000. Difahamkan, angka dua pemberian suami Intan Najuwa adalah simbolik tempoh dua tahun perkenalan mereka.

image is not available
Kredit: Melodi

Meluahkan rasa syukur, Intan berharap para peminat dapat mendoakan kebahagiaan rumah tangga yang baru dibinanya.

image is not available
Kredit foto: Media Hiburan

Wanita berusia 26 tahun ini akan meneruskan karier lakonan dan memberi fokus kepada pembelajaran serta bisnes walaupun sudah bergelar isteri.

Kredit: mStar | Melodi TV3

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.


View Original Article